EMAIL DITERIMA

KOMENTAR 24/1/2000

MPT BERMESYUARAT IKUT KELOMPOK

Dimaklumkan kepada Komentar bahawa Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi yang diadakan pada 30/12/99 lebih menyerupai Mesyuarat Khas Kelompok Majlis Tertinggi untuk pancung memancung. Dilapurkan kepada Komentar bahawa Mesyuarat itu diadakah takkala beberapa MPT tidak hadir dan sedang bercuti. Keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat tersebut adalah:

1. Membubarkan Perhubungan Negeri Serawak dan secara langsung memecat tanpa sebab Ketua Perhubungan Negeri Serawak.

2. Membatalkan Mesyuarat Penubuhan Parlimen Bahagian Wangsa Maju tanpa justifikasi yang diberikan.

3. Membatalkan Cadangan Penyatuan Parti Rakyat Malaysia dan secara terus menentang arahan Sdr Anwar Ibrahim.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan memandangkan MPT tersebut mendokong perjuangan keadilan dan bernamakan keadilan sebagai teras perjuangan.

MPT yang lain, jangan terlibat dengan mereka yang mengenepikan keadilan dan menentang arahan Sdr Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti dan Bapa Reformasi kita. Ingat cetusan rakyat dicetuskan oleh Sdr Nawar Ibrahim dan didokong oleh rakyat dan reformis.

_ak_y_k@hotmail.com (pengirim dirahsiakan)