Make your own free website on Tripod.com

MOKTHAR BUKA PEKONG DIDADA

 

Tindakan Peguam Negara mengeluarkan amaran keras kepada Mohamad Ezam hanya melambangkan bahawa beliau tidak etika dan tidak layak mendukung jawatan Peguam Negara. Peguam Negara dengan kenyataan amaran beliau jelas menunjukkan bahawa beliau gagal bersikap adil dan tidak amanah dalam menjalankan tugas.

 

Beliau melatah dan dari latahan beliau dapat kita simpulkan bahawa beliau :

 

1. Cuba mempertahankan tindakan Gani Patail sebelum sempat polis menjalankan penyiasatan berhubung dengan salah laku beliau.

 

2. Mengeluarkan amaran melulu seolah olah cuba menekan dan menakutkan nakutkan pengadu dan tindakan seolah olah mencabar supaya pengadu menarik balik tuduhannya.

 

3. Secara tidak langsung menghalang polis dari membuat penyiasatan dan bersikap "defensive" keatas lapuran salah laku yang kakitangan jabatan khususnya Gani Patail.

 

4. Mengunakan undang-undang untuk tujuan menghalang sebarang siasatan salah laku kakitangan Jabatan Peguam Negara.

 

5. Ini melibatkan salah laku penggunaan kuasa.

 

Sikap melenting beliau hanya membuktikan kepada golongan reformasi bahawa perundangan kita digunakan untuk kepentingan mereka dan keadilan yang mereka dokong hanya keadilan yang memihak kepada mereka dan diinterpretasikan oleh mereka sendiri.

 

TAKUTKAH KITA !

 

TIDAK

 

UMNO DIAMBANG KEKALAHAN PEGUAM NEGARA DIAMBANG PENJARA