Make your own free website on Tripod.com

Komentar

19hb Disember 1998

 

TAHNIAH KAMI UCAPANKAN KEPADA GOLONGAN REFORMASI KECIL WANGSA MAJU DAN SEMOGA USAHA MEREKA YANG BENAR BENAR DEDIKASI KEPADA PERJUANGAN MEMBEBASKAN KITA DARI KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN BERJAYA

 

Sekali lagi masalah komputer menghalang kami mengutuskan pendapat dan memperjuangkan Reformasi bagi menyangkal kezaliman dan ketidakadilan yang berleluasa.

 

Walaupun bukan itu sahaja yang menjadi penghalang kami menulis tetapi akibat masa yang kurang mengizinkan. Ini adalah kerana kami sibuk mengikuti sidang usrah kecil rakan rakan kami di REFORMASI KECIL WANGSA MAJU. Pihak Komentar telah mengikuti bagi sama sama aktif dengan rakan Reformasi Kecil Wangsa Maju dalam usaha mereka memberi penerangan dan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Kagum kami melihat cara dan dedikasi kumpulan reformasi kecil Wangsa Maju ini. Penglibatan mereka secara aktif membantu kami yang kekadang luntur juga semangat apatah lagi berhadapan dengan penyokong kezaliman dan Bapa Kezaliman Melayu Dr Mahathir.

 

Tertarik kami mendengar hujah salah seorang anggota reformasi kecil apabila salah seorang perserta bertanya "bukankah semua ini, yakni ADIL,GERAK,PAS dan UMNO adalah penyumbang kepada pemecahan MELAYU. Beliau menjawab secara selama, MELAYU, ISLAM tidak akan berpecah insyaallah tetapi kekadang katanya MELAYU jenis penyokong kezaliman biar dipecahkan dari menyusahkan.

 

Golongan Kecil Reformasi Wangsa Maju bagi kami adalah contoh kepada pergerakan kecil lain. Mereka bertindak pada dasarnya memberi perangan kepada kawan kawan terdekat. Pada awal pertemuan kami dengan Kumpulan tersebut dalam pejabat mereka telah siap butir butir pilihanraya dan peta kawasaan pilihanraya 1995. Strategi beliau diterangkan kepada kami untuk memulakan kumpulan kumpulan kecil dengan memberi penerangan kepada semua keadaaan sebenarnya.Pada permulaan pengenalan kami dengan Kumpulan tersebut kami lihat setiap usrah yang dijalankan cuma kepada 3-4 orang sahaja. Semalam kami melihat perkembangan mendadak. Menurut mereka dan disaksikan oleh kami proteam mereka telah berkembang. Mereka menunggu saat dan ketika sahaja untuk menghantar semua nama nama proteam baru mereka kepada Dr Wan Azizah.

 

Bangga kami melihat mereka. Usaha mereka adalah atas inisiatif mereka demi keadilan dan perjuangan. Walauapa pun yang paling menghayat hati adalah pada pembukaan usrah mereka.

 

Begini kata mereka,

 

Sdr, Pengorbanan kita berserta kami di Reformasi Kecil Wangsa Maju ini kalau dibandingkan adalah terlalu kecil dengan PENGORBANAN YANG DILAKSANAKAN OLEH SDR ANWAR IBRAHIM.

 

Dan tidak siapa diantara kita yang mampu dan berani menentang sehebat Sdr Anwar Ibrahim kerana yang ditentang punya harta sebagai motif perjuangan dan kuasa sebagai senjata.

 

Begitu sekali pendirian mereka. Semalam Komentar sempat bersama mereka sehingga 3 pagi dalam usaha memberi penerangan disekitar Wangsa Maju. Mereka memulakan dengan kenalan mereka dan dari situ mereka harapkan supaya kebenaran dapat di sebarkan seluas luasnya.

 

Sdr Reformasi semua,

 

Komentar akan bertemu dengan semua dilain hari memandangkan semasa artikel ini ditulis waktu telah melewati pagi Missi kami pagi anti lebih banyak lagi. Kami akan berserta Kumpulan Reformasi Kecil Wangsa Maju untuk meneruskan perjumpaan kecil kecilan kami dengan beberapa penduduk sekitar ini. Kami tidak lupus berjuang sunggup ini adalah usaha kecil kami di KOMENTAR.Akhir kata,

TIDAK HILANG SEMANGAT KAMI, TIDAK BERHENTI KAMI BERLARI,BIAR SEMUA MENGETAHUI NEGARA KITA TELAH DIJAJAHI OLEH DR MAHATHIR DENGAN KRONI.MASA DAN KETIKA INILAH KITA BERSATU HATI MENENTANG KEZALIMAN , KETIDAKADILAN DAN SEMOGA KITA REFORMASI BERJAYA DALAM MISSI DAN CITA CITA MURNI.

 

SEKIAN

 

KAMI MEMBANTAH PERLAKUAN AMERIKA

KOMENTAR