BERSAMA DIMARKAS PAS TAMAN MELEWAR

3hb Januari 1999

 

Sempat hari ini kami bersama sama Reformasi Kecil Wangsa Maju menuju ke Markas PAS di Taman Melewar. Kehangatan para perniaga disana disulam oleh penceramah penceramah membidas tindakan kerajaan dalam mengendali kes Sdr Anwar Ibrahim.

 

Dalam kesibukan itu apa yang jelas ialah suasana PAS dan komitment mereka dalam menangani isu isu semasa yang berlingkar sekitar ketidakadilan yang selama ini kian terasa oleh rakyat kita. Sungguh terasa kami bahawa kehangatan slogan REFORMASI yang didokong oleh Anwar Ibrahim tidak mati dan akan berterusan biarpun demonstrasi tidak dijalankan. Dalam kami sama sama turut serta terserempak kami dengan beberapa orang anak muda memakai riben putih dengan borang borang deklarasi sokongan kepada ADIL. Disebelah pula seorang wanita cina menjual majalah ROKET dalam dwi bahasa. Aduh..satu penyatuan yang amat memberangsangkan. Satu penyatuan yang menunjukkan bahawa kita telah bosan dengan Mahathir. Kita telah bosan dengan kroni kroninya. Kita sudah bosan dengan pembohongannya. Kita telah bosan dengan politiknya. Telling out loud "WE ARE BORE WITH DR MAHATHIR AND IT IS TIME FOR YOU TO STEP DOWN"

 

Langkah kami menuju ke anak anak muda yang sibuk meminta deklarasi sokongan ditandatangani. Kami sempat berbual bual dengan salah seorang anak muda yang sanggup dan rela mendengar sambil bertukar tukar pendapat. A brief chat but it all shows that we are in the same team.

 

Kami lihat disini, PAS , DAP, ADIL , GERAK dan NGO NGO lain bersatu dengan satu tema untuk menghapuskan kezaliman dan ketidak adilan yang sedang berlaku. Lain cara , lain jalan tetapi matlamat sama.

 

Sini kita lihat bahawa mereka yang hadir komit dalam memperjuangkan pembaharuan dan tidak duduk sebagai the silent majority. Seperti apa yang kami perkatakan pada anak muda tersebut, they should stop now being the silent one. Stand up, and start to fight for our rights. No time to just wait and see, no time to wait for the outcome of Anwar's trial, coz there is no justice there. The people must act now.

 

Anak muda tersebut turut memberitahu bahawa lawan kita ini adalah umpama gergasi besar. Kami bersetuju dan kami yakin gergasi ini tidak mudah ditewaskan kerana kuasa yang mereka gandakan dari kuasa yang kita beri. Sekarang mereka tidak rela menyerahkan kembali kuasa itu. Mereka berpegang kerana takut kehilangan kuasa ini akan membongkar kepincangan yang mereka lakukan. Mereka takut kerana mereka memang bersalah. Mereka akan membohongi semua rakyat demi memegang pada sisa sisa kuasa yang ada pada mereka.

 

Walau apa pun kami yakin, kami yakin mereka akan tumbang, mereka akan tewas dan mereka akan turut terhina atas perbuatan yang mereka lakukan.

 

Kami melihat suasana tadi, suasana yang inginkan pembaharuan, suasana yang inginkan keadilan,suasana yang ingin menghapuskan kezaliman, suasana yang inginkan Dr Mahathir dan kuncunya keluar dan meletak jawatan. Suasana yang mengabungkan rakyat dengan satu kehendak. Itu suasana disana dan kita harus menyokong dan memberi apa sahaja yang mampu dalam memperjuangkan keadilan ini.

 

Terima Kasih kami kepada saudara FAR__N@ usa.net. Kami sama sama mendokong ADIL

 

SALAM REFORMASI