BARISAN NASIONAL KEKAL KERAJAAN SABAH

 

Kemenangan Barisan Nasional menunjukkan bahawa arus politik dan sokongan rakyat boleh diubah di saat akhir pilihanraya. Kemenangan ini juga menunjukkan bahawa perlunya satu penyatuan kukuh parti pembangkang dalam usaha ingin memenangi pilihanraya secara menyeluruh. Sabah telah menunjukkan bahawa tiadanya penyatuan antara BERSEKUTU dengan PBS adalah salah satu sebab yang mendorong kepada kemenangan Barisan Nasional. Semenanjung Malaysia harus mengambil iktibar dari keputusan di Sabah. Parti parti pembangkang di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib sama dengan Sabah sekiranya kekuatan penyatuaan tidak ada. Kita dari kalangan Gerak Reformasi harus bersatu dan PAS khususnya harus memulakan satu langkah konkrit kearah persatuan ini. Kehadiran sebarang ruang yang menunjukkan tiadanya persatuan ini akan menjadi penghalang kepada kejayaan REFORMASI.

Walaupun ramai antara pemerhati politik sedar dan telah menjangka kemenangan bagi Barisan Nasional tetapi strategi dan kesimpulan kemenangan ini harus diteliti.

PAS dan parti pembangkang yang lain yang inginkan satu pembaharuan dari segi politik di Malaysia harus menyedari bahawa kemenangan bukan dari kehadiran rakyat yang turut serta dalam ceramah tetapi kemenangan adalah apabila menang pilihanraya dan majority kerusi dimiliki.

 

Sekian