Make your own free website on Tripod.com

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MEREPEK

 

Hishammuddin dalam kenyataan nya mengatakan bahawa pemimpin kerajaan BN tidak bersalah dalam mendidik "The Young Malay Malaysian". Kesalahan adalah berpunca dari pimpinan parti pembangkang. Parti pembangkang dikatakan telah meracun minda mereka. Hishammuddin masih tidak faham atau sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan diri. Kesalahan perbuatan kerajaan BN terhadap Sdr Anwar Ibrahim tidak mahu diakui. Hishammuddin adalah antara mereka yang harus ditolak sekeras kerasnya dan tidak harus diberi peluang memimpin.

 

SYED HAMID MENIPU

 

Setelah sekian lama menteri ini tidak bersuara maka kali ini beliau bangkit membela sistem kehakiman dinegara ini. Syed Hamid, rakyat tidak puas hati dan rakyat yakin bahawa terdapat konspirasi politik dalam usaha mereka menjatuhkan Sdr Anwar Ibrahim. Kalau terdapat ramai antara kami yang tidak yakin terhadap sistem itu kenapa kamu cuba menyakinkan nya dengan kata kata.

 

YAKINKAN KAMI DENGAN PERLANTIKKAN SURUHAN RAJA DIRAJA BAGI MENYIASAT KONSPIRASI POLITIK YANG KAMI YAKIN WUJUD. APA SUSAH SANGAT KE MENUBUH SURUHAN RAJA TERSEBUT. KENAPA TAKUT. KALAU BENAR MAHU MENYAKINKAN RAKYAT TUBUH DAN BIAR RAKYAT SENDIRI MELIHAT KEYAKINAN ANDA TERHADAP SISTEM KEHAKIMAN TERSEBUT. TETAPI JANGAN PULA SURUHAN RAJA TERSEBUT DI KENDALIKAN OLEH WAN MOKHTAR, GANI PATAIL , PAUL AUGUSTINE KERANA KAMI YAKIN MEREKA ADALAH ANTARA ORANG PALING HINA DALAM NEGARA KITA INI.