KERAJAAN IMPIAN RAKYAT MALAYSIA

 

Apakah kerajaan yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.Kenapakan selama ini rakyat menyokong BARISAN NASIONAL ? Apakah hasrat dan harapan sebenar rakyat? Apakah punca rakyat menolak kerajaan BN sekarang ? PAS atau REFORMASI? Adakah penentangan ini hanya sebagai ALL MALAYS AFFAIR? Adakah kejatuhan ekonomi punca penentangan? Peralihan UMNO ke PAS atau peralihan UMNO ke Sdr Anwar Ibrahim? Apakah perubahan yang akan diadakan oleh PAS? Bagaimanakah PAS dapat membentuk satu kerajaan yang akan diterima masyarakat? Apakah perbezaan polisi dari sudut ekonomi,politik dan sosial yang akan dibawa oleh PAS? Bagaimanakah agaknya PAS menangani isu perkauman,pembebasan agama dan kebudayaan yang berbilang kaum? Apakah tidak akan ada kroni,nepotisma dan korupi dalam kerajaan baru kita kali ini? Apakah strategi kerajaan baru dalam menangani isu kemiskinan yang terjadi kerana kejatuhan ekonomi? Apakah contoh contoh "bailout package yang akan disediakan oleh kerajaan baru kita ini? Sistem pendidikan sekular atau mixed? Bagaimana agaknya Kerajaan Pentadbiran Islam dari sudut "Islam for the racial and different Social Culture". Pembangunan menyeluruh baik dari segi Kemanusiaan, Ekonomi dan Politik, apakah dasar baru kerajaan tersebut? Bagaimana agaknya kerajaan baru kita menangani isu setinggan ? Selain dari Dasar Ekonomi Baru yang sedikit sebanyak ada keberkesanannya apakah alternatif kerajaan baru kita nanti.? Bagaimana agaknya sistem pentadbiran kita khususnya Perkhidmatan Awam? Apakah agaknya dasar pembangunan Sosial kita? Perundangan kita bagaimana? Isu Keselamtan Dalam Negeri ISA bagaimana agaknya setelah dibubarkan? Apa pula tindakan kerajaan baru atas tuduhan Anti Kerajaan? Bagaimankah ketelusan kerajaan baru kita agaknya. Mesyuarakt kabinet mungkin akan disiarkan secara langsung? Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagaimana? Undang Undang Penyiaran kita akan digubal semulakah? TV3 ASTRO dan lain lain rangkaian swasta akan disekat jugakah? Rancangan Barat akan terus dihapuskan ke? Sensorship board akan mula diketatkan dan rancangan yang terus menolak pembinaan akhlak Islam akan di hapuskan segera,mungkin? Apa kabar MARA,FELDA,FELCRA dan lain lain jabatan yang masih terikut dengan sistem kerajaan sekular lama? Dasr pandang ke Timur dimansuhkan dan dasar pandang ke Islam diperkenalkan? Bagaimana pendedahan pelajar kita dinegara barat? JPA masih mentadbir secara lama dan Majlis Dearah tetap dengan wakil JKK mereka kah? Apakah dasar pemberian tender kerajaan diubah? Apakah cadangan terbaik untuk pengambilan semula PLUS dan lebuhraya persekutuan lain dalam menangani peningkatan kos?

 

ISK ISK TERBANYAK SANGAT PERSOALAN ......MENGARUT KOT SAYA NI.....YE KE