MPT LEKA PARTI TERSIKSA ANWAR TERUS TERPENJARA

Komentar 26/1/2000

Komentar terus menerus mahukan keADILan bukan sahaja melaungkan keadilan malah menunjukkan keadilan dilaksanakan. Komentar mahukan kepimpinan parti khususnya Datin Presiden dan Ketua Pemuda sedar bahawa sekiranya Komentar melukakan keADILan sekarang ini ia hanyalah untuk kemantapan dan ketelusan perjuangan ini. Komentar mahu perlaksanaan kita dalam Parti Keadilan Nasional bersih dari kekotoran budaya UMNO dan Semangat 46. Kalanya Komentar kagum dengan beberapa MPT yang berani memperjuangkan keadilan secara lantang tetapi kecut bila beberapa MPT membuat keputusan yang jelas berbentuk manipulasi. Kita lihat MPT duduk leka bila Chandra memperkecilkan Sdr Anwar Ibrahim, membelakangkan nasihat dan arahan Sdr Anwar. Kita lihat beberapa MPT membiarkan Sdr Annuar Tahir dan beberapa manusia yang bersengkokol dengannya memusnahkan Serawak. Kita lihat permainan Zainur Zakaria yang menghancurkan Kuala Lumpur dan Marina Yussuff memulakan budaya fitnah dalam Parti.(Ini akan dijelaskan setelah kesemua bukti diperolehi).Kalanya apabila perjuangan Parti Keadilan Nasional menyongsang maka ianya perlu diolah untuk membawa semula arah tuju parti untuk kembali kearah perjuangan sebenarnya.

Bangkitlah Ezam Mohd Noor, sungguhpun desakan rakyat perlu dijalankan tetapi desakan memperbaiki parti turut perlu sekiranya agenda kita berlarutan ke pilihanraya akan datang. Kita perlu tegas dan kepada Datin Presiden, keputusan Sdr Anwar Ibrahim harus ditegakkan sepenuhnya tanpa kompromi. Datin Presiden dan Sdr Ezam perlu tegas dan percayalah ketegasan Datin dan Sdr Ezam atas kepincangan dalam parti akan disambut oleh golongan Reformis. Janganlah jadikan mesyuarat MPT yang akan datang tempat kita menerima sahaja keputusan minoriti mereka yang gilakan pangkat dan mempunyai agenda tersorok. Komentar percaya mereka seperti Chandra Muzaffar,Annuar Tahir,Marina akan memainkan manipulasi politik mereka untuk mencapai agendanya. Bangkit MPT lain,bertindak berani. Keadilan dituntut bukan sahaja dijalanan malah dalam parti sendiri. Keadilan perlu ditegakkan biarpun dirumah sendiri. Agenda ini tidak boleh di politikkan. Jangan hancurkan parti ini.

KOMENTAR