Komentar 12/12/98

 

Komemtar buat Mahathir.

 

Datuk Seri,

 

Individu adalah rakyat Malaysia, dan kumpulan individu itulah yang menjanjikan kejayaan sesabuah negara. Kumpulan individu tersebut jugalah rakyat yang saudara cuba bohongi bagi menjayakan dan memenuhi saudara mara dan kroni kroni Datuk Seri. Kalau individu tidak penting maka kami percaya Datuk Seri juga sepatutnya meletakkan jawatan kerana "damage" yang Datuk Seri lakukan keatas UMNO. Kalau dilihat dan dikaji oleh menteri menteri Malaysia yang hipokrik tersebut UMNO berpecah kerana Dr Mahathir dan kenapa beliau sebagai individu dipertahankan?

 

KALAU MENTERI MENTERI YANG BUTA SEKARANG INI MEMPERTAHANKAN DR MAHATHIR SEBAGAI INDIVIDU YANG SEKARANG INI PUNCA PERPECAHAN UMNO APA SALAHNYA RAKYAT MEMPERTAHANKAN SDR ANWAR IBRAHIM

 

Beliau merupakan punca dan asas perpecahaan UMNO. Kalau hampir 15,000 orang sudah berpindah ke PAS setiap bulan ,hampir 70,000 orang yang hadir di Stadium Kelantan,hampir 50,000 di Dataran Merdeka dan beribu ribu lain sanggup hadir pada setiap demonstrasi hari Sabtu kenapa beliau masih dipertahankan dan mengapa beliau masih dibela. Beliau adalah punca UMNO runtuh dan beliau adalah punca perpecahan masyarakat melayu dibumi kita ini.

 

DR MAHATHIR YANG HARUS DISINGKIR SEKARANG KERANA BELIAU ADALAH PUNCA KERUNTUHAN UMNO DAN PERPECAHAN MASYARAKAT MELAYU SEKARANG INI.

 

Kenapa Dr Mahathir menjerit jerit mengatakan individu tidak penting. Apakah laungan Dr Mahathir itu sebenarnya meminta menteri menteri beliau menolak beliau secara individu? Mustahilkan. Ia tidak lain dari meminta semua menteri menteri beliau melupakan perbuatannya keatas Sdr Anwar Ibrahim. Beliau mahu mesej ini sampai ke seluruh negara supaya melupakan Sdr Anwar Ibrahim kerana dianya individu dan yang lebih penting adalah parti.Beliau menyaran supaya kepentingan parti adalah lebih mustahak dan perbuatan beliau keatas Anwar Ibrahim seharusnya dilupakan. Tetapi beliau juga harus ingat beliau adalah individu juga, boleh datang dan pergi dan beliau sepatutnya sudah pergi dari memimpin kerana beliau tidak mendapat sokongan rakyat lagi. Beliau harus sedar bahawa kalangan UMNO sendiri telah banyak menolak beliau dan beliau sebagai individu adalah pemusnah parti dan harus disingkir oleh ahli UMNO demi kerana perpaduan parti.

 

PEMIMPIN BOLEH DATANG DAN PERGI DAN SEPATUTNYA DR MAHATHIR PERLU PERGI KERANA BELIAU ADALAH INDIVIDU DAN BELIAU ADALAH PEMUSNAH PENYATUAN MELAYU DAN PUNCA PERPECAHAN MELAYU DAN UMNO.

 

Kami sebaliknya menyokong bahawa individu, nyawanya ,haknya,maruahnya dan hidupnya harus dibela kerana dianya manusia biarpun dianya hanya seorang individu dari 22 juta rakyat malaysia. Ini kerana setiap individu tersebut mempunyai pertalian dengan individu lain dan seterusnya membentuk masyarakat dan rakyat secara kolektif. Kalau kita lakukan kezaliman biar pada seorang individu dimuka bumi ini kita tidak seharusnya boleh dipanggil manusia kerana kita tidak menghormati manusia lain. Inikan dia pemimpin ? Manusia yang tidak menilai hak manusia lain. Manusia yang sanggup melakukan kekejaman yang menghancurkan hidup Sdr Anwar Ibrahim. Dengan kekejaman ini maka keluarganya turut dizalimi pengikutnya dizalimi,keluarga pengikutnya dizalimi dan pergandaan ini akan turut memusnahkan perpaduaan rakyat keseluruhan.

 

KAMI SEBALIKNYA MENYOKONG BAHAWA INDIVIDU, NYAWANYA, HAKNYA, MARUAHNYA HARUS DIBELA BIARPUN DIANYA HANYA INDIVIDU KERANA SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI PERTALIAN DENGAN INDIVIDU YANG LAIN

 

Dr Mahathir seolah olah berkata apa yang dilakukan oleh beliau adalah untuk menyelamatkan parti dan parti adalah yang penting. Apa yang dikatakannya sebenarnya adalah perlakuannya terhadap Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan golongannya, anaknya, keluarganya, Tun Daim, Eric Chia dan kroni kroninya. Oleh itu tidak mengapalah kiranya Anwar Ibrahim dizalimi kerana dianya individu. Sangkaan yang meleset. Sekira individu seperti Anwar Ibrahim yang dizalimi maka keluarga mereka turut dizalimi, saudaranya turut dizalimi dan pengikutnya dizalimi, keluarga pengikutnya dizalimi dan secara menyeluruh kita semua dizalimi.

 

Dr Mahathir, individu adalah permulaan kepada masyarakat dan rakyat. Kezaliman kepada biar pada individu harus kami tentang dan sekarang ini kamulah yang kami tentang. Asal salah satu parti adalah individu dan kezalimi tidak seharusnya dilakukan biar pada binatang pun. Yang kita patut adakan adalah KEADILAN PADA SEMUA BUKAN KEZALIMAN BIAR PADA INDIVIDU PUN. SEDANGKAN KEZALIMAN PADA BINATANG DITEGAH INIKAN PULA PADA KAMI RAKYAT MALAYSIA.

 

Dr Mahathir masa kamu dah sampai. UNDURLAH, BIAR KEADILAN DAPAT DILAKSANAKAN UNTUK SEMUA.

 

Terfikir...........kami

 

Mungkinkah keadilan ini akan tercapai dengan hanya meminta Dr Mahathir undur............nescaya tidak.......

AYUH REFORMASI...AYUH ADIL.......kita gesa dianya BERUNDUR......kita paksa...................................kita gagalkan beliau dan kroni beliau...........................................dalam memimpin negara kita ini..............MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA bukan untuk MAHATHIR DAN KRONINYA SAHAJA.