Salam Reformasi

Komentar 9hb Dis 1998

Hari ini keriangan penyokong Sdr Anwar Ibrahim dikejutkan dengan tindakan terbaru oleh Mahkamah ( sila rujuk CNN untuk ulasan menyeluruh). Keinginan agar kebenaran dan keadilan dapat dicari oleh peguam Anwar terhalang lagi oleh proses mahkamah yang keikhlasan beliau sehingga kini masih diragui. Kenyataan yang tidak konsisten dan terlalu banyak yang dijawab dengan "tidak ingat" meragukan ketulusan dan keikhlasan saksi. Bagi pendokong reformasi kenyataan Azizan sejak dari awal lagi telah ditolak. Kehairanan adalah apabila kini Azizan memberi kenyataan baru yang Sukma turut meliwatnya. Mungkin selama ini beliau terlupa dan baru semalam apabila dinasihati oleh angkatan konspirasi maka secara mendadak baru beliau teringat.

Sdr Reformasi,

Ini adalah perancangan yang telah diatur sejak awal lagi.Perancangan ini berjenterakan kekuasaan dan bersenjatakan kewangan. Selagi kuasa ini tidak ditarik balik selagi itulah ketua kita Sdr Anwar Ibrahim akan ditawan dan selagi itu lah reformasi Sdr Anwar Ibrahim terbantut. Siapa lagi akan membela beliau kecuali kita pendokong reformasi tajaan Sdr anwar Ibrahim. Siapa lagi yang boleh berjanji bahawa beliau akan dibebaskan dan diletakkan tahap asal beliau dengan melakukan perubahan besar dalam jentera pentadbiran negara. Asas perjuangan telah dibentuk, kemungkaran mereka telah terserlah, kezaliman jelas dilaksanakan dan undang undang dicabul dan diperalatkan. HABIS APA HARUS KITA LAKUKAN.

CUKUPKAH DENGAN MENGHANTAR MEMO KEHULU KE HILIR ?

DEMONSTRASI TELAH BANYAK DILAKSANAKAN DAN RAMAI TELAH DITANGKAP DAN KEMUNGKINAN DIDERA TAPI TIDAK BANYAK PERUBAHAN. YANG PASTI MEREKA MASIH DISANA BERKUASA DAN KITA DISINI MENGHABIS MASA.

Siapa yang akan menjana jentera reformasi kalau bukan kita. Hairan, perjuangan ini perjuangan Anwar Ibrahim dan golongan reformasi tetapi hasil perjuangan ini dicela dan dicerca oleh mereka yang tidak mahu berkongsi kuasa. Mereka yang telah lama mengidam kuasa dan tidak PERNAH, TIDAK PERNAH MENJANJIKAN APA APA YANG KONKRIT PADA ANWAR IBRAHIM.

Hari ini kami menerima satu email yang mengatakan bahawa ini Laman Sdr Malek. Laman ini telah wujud lama sebelum Sdr Malek membuat kenyataan akhbar bahawa parti reformasi akan ditubuhkan. Laman ini ADALAH UNTUK PEMBELAAN SDR ANWAR IBRAHIM DAN HANYA ITU MATLAMAT KAMI DAN HARAPAN KAMI ADALAH UNTUK MENJAYAKAN HASRAT DAN CITA CITA SDR ANWAR IBRAHIM UNTUK MENGADAKAN PEMBAHARUAN DI MALAYSIA. KAMI JELAS DENGAN PENDIRIAN KAMI TIDAK SEPERTI YANG LAIN MELETAKKAN GAMBAR SAUDARA ANWAR IBRAHIM KEMUDIAN MENGUNAKAN LAMAN ITU UNTUK KEPENTINGAN PARTI SENDIRI.

 

Komentar kesal dengan kehadiran mereka yang sebenarnya masih bersikap negetif kepada penyokong reformasi dan menolak pembentukkan reformasi sebagai satu identiti. Mereka takut dan mereka gusar akan kehadiran parti ini akan menyekat monopoli kuasa sekiranya mereka menang. Mereka cuma mahukan isu untuk memulakan sesuatu bagi menagih kuasa yang sering diidamkan.

 

Sdr Reformasi,

 

Semakin hari semakin jelas bahawa arus pembaharuan ini kian lama kian perlahan. Sebagaimana yang dilapurkan oleh BBC ketua ketua reformasi (yang menyokong Sdr Anwar Ibrahim) yang telah ditahan dan dibebaskan telah mula diam. Kelu dan setakat ini tidak bertindak demi membela Ketua kami Sdr Anwar Ibrahim. Kami seru mereka bangkit dan mulakan platform baru. Kita tentang kezaliman mereka, kita LAWAN mengikut lunas lunas yang sedia ada. BANGUN DAN MULA.

 

BUKA PLATFORM TERSEBUT DAN SATU YANG PASTI SDR ANWAR IBRAHIM AKAN MENERAJUI NYA.

 

Salam.