NAJIB SIFATKAN PEMIMPIN PKN SEBAGAI MEREKA YANG KECEWA KERANA TIDAK MENDAPAT TEMPAT DALAM KERAJAAN.

 

Komentar

 

Betapa sempitnya pemikiran mereka yang telah dikelabui oleh Dr Mahathir Mohamed. Kenyataan Najib jelas tidak benar dan kenyataan ini hanyalah sebagai usaha terakhir beliau memburukkan kepimpinan PKN. Datuk Najib harus sedar kelahiran PKN dan keanggotaan pucuk pemimpin PKN bukan kerana mereka kecewa sewaktu dalam UMNO tetapi kecewa melihat arah tuju dan perlaksanaan demokrasi di bumi Malaysia ini. Kehadiran PKN yang bersedia bergabung dengan parti pembangkang lain adalah kerana melihat keadilan dicabuli dan rakyat telah dizalimi. PKN kecewa melihat rakyat semakin takut dalam menyuarakan pendapat dan ketakutan ini merupakan petanda awal bahawa demokrasi Malaysia telah digubal bagi membolehkan ianya dicabuli sekira rakyat menetang pemerintah. PKN wujud bukan atas desakan Sdr Anwar Ibrahim tetapi atas desakan rakyat yang mahukan Sdr Anwar Ibrahim menjadi pelupur REFORMASI negara ini. Rakyat telah menerima laungan REFORMASI ANWAR IBRAHIM dan perlu ditegaskan bahawa Dr Wan Azizah bukan lah golongan mereka yang kecewa kerana tidak diberi tempat dalam UMNO. Mohamed Ezam, Dr Ghouse, Roslan Kassim dan ramai lagi pemimpin UMNO tidak kecewa dengan UMNO tetapi kecewa melihat pucuk pimpinan UMNO yang telah kelabu membezakan antara yang salah dan yang benar.

 

YANG KECEWA ADALAH DATUK NAJIB SENDIRI KERANA TIDAK DIPILIH MENJADI TIMBALAN PEDANA MENTERI