PERUNDANGAN KITA, SISTEM POLIS KITA, MENTERI KITA, NEGARA KITA

 

Kata orang, kalau sekali kita menipu maka kita terpaksa menipu seterusnya untuk menutup cerita sebenarnya. Begitu jugalah pakar pakar konspirasi negara ini. Mereka bermesyuarat setiap hari untuk menutup kebenaran dan menggandakan penipuan.

 

Hari ini kita lihat Sukma yang telah dipenjara beberapa bulan secara tiba tiba dibenarkan ikatjamin sementara menunggu perbicaraan semula membenarkan dirinya diliwat Anwar Ibrahim.Beliau yang mendakwa bahawa polis telah bertindak ganas dan memaksa beliau membuat pergakuan palsu akibat didera dan dipaksa oleh POLIS. POLIS YANG PAKSA! MANA MORAL POLIS KITA DALAM MENDOKONG AGENSI PERUNDANGAN NEGARA INI.

 

Ini baru Sukma sekejap lagi Munawar juga akan dibenarkan ikat jamin kerana alasan yang sama. Walau apa pun tuduhan keatas Anwar Ibrahim meliwat mereka belum digugurkan.

 

Dari sini sahaja dapat kita simpulkan bahawa tuduhan keatas Sdr Anwar Ibrahim adalah rekaan semata mata.

 

Kalau Sukma dikenakan hukuman penjara 6 bulan kerana membenarkan Sdr Anwar meliwatnya apa pula halnya dengan Azizan ?. Azizan juga membenarkan Azizan meliwatnya. PENIPUAN,PENIPUAN,PENIPUAN ..semua ini penipuan dan kita saban hari mendengar sahaja penipuan yang dilakukan.

 

Kalau dihadapan Hakim Paul ,Azizan mengaku diliwat oleh Sukma, kenyataan 50 dalil perihal terbunuhnya isteri Azizah tidak benar, dan keterangan Ummi perihal anak luar nikah Sdr Anwar satu penipuan dan tidak benar (disahkan oleh Polis sendiri) kenapa keadilan tidak dilaksanakan? Kenapa Polis diam sahaja setakat ini. Kenapa tidak ditahan remand Azizan sekarang ini kerana salah laku seks diluar tabii, kenapa tidak ditahan Ummi atas tuduhan palsu mereka, kenapa penulis Khalid Jefri tidak ditahan dahulu.

 

INIKAH KEADILAN, SEMUA SAUDARA KU, INI SEMUA JELAS DAN NAMPAK TERANG SATU KONSPIRASI.

 

Siapa harus kita percaya sekarang. Mahkamah? Polis? Kerajaan? Dr Mahathir? Ahmad Badawi? Najib? Sanusi Joned? Sabaruddin Chik? Mohamed Rahmat? Ibrahim Ali? Rafidah Aziz? TIDAK........TIDAK.........perundangan kita sekarang tercemar dan terus dicemar oleh mereka. HAPUSKAN MEREKA INI. MEREKA TIDAK BERWIBAWA. MEREKA PENIPU.

 

MARI KITA LAWAN, KITA LAWAN

 

Kita sertai ADIL atau mana mana pertubuhan lain untuk menentang KEZALIMAN.

 

MEREKA PENIPU.............

 

Email protected.