Make your own free website on Tripod.com

KERAJAAN BARU

( Bahagian Satu)

KOMENTAR
6/3/99

 

Saya terbaca satu email hasil kiriman Sdr pembaca Laman Komentar. Artikel yang penuh dengan soalan itu kami jodolkan ia mimpi. Walau bagaimana pun artikel ini membuka minda saya dengan beberapa kebenaran yang wujud dan kebenaran ini membawa saya pada satu penulisan yang berjodol KERAJAAN BARU.

 

KERAJAAN BARU

 

Walau pun pilihanraya masih tidak kelihatan tetapi sokongan padu golongan reformasi dan parti parti yang sekarang ini dilabel sebagai pembangkang telah banyak mengutarakan kemungkinan Kerajaan Baru akan tertubuh di Malaysia. Keyakinan ini bersandarkan beberapa perkembangan dalam kes Anwar Ibrahim serta perbezaan jumlah kehadiran dalam setiap perhimpunan yang diadakan antara UMNO dan PAS. Walaupun ini adalah satu bancian lemah kerana UMNO sudah tentu mempunyai aturcara yang tersendiri bagi memenangi hati rakyat kembali tetapi kesukaran UMNO kali ini lebih kepada kebencian rakyat atas perlakuan Dr Mahathir keatas Anwar Ibrahim dan kegagalan bijak pandai UMNO dalam melihat wujudnya konspirasi yang dilaungkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. PAS dan ahli barisan pembangkang telah melihat agenda ini dan telah bertindak segala mampu bagi menyedarkan lagi rakyat bahawa UMNO dengan perlakuan tersebut harus ditolak. PAS telah menerima pelbagai sokongan dari NGO dan ADIL.Kekuatan ini ditambah dengan hadir juga DAP dan PRM dalam mengusahakan agenda yang serupa.

Maka diam tak diam KERAJAAN BARU pasti akan muncul di Malaysia. Kerajaan ini akan mengantikan kerajaan Barisan Nasional yang telah hampir 42 tahun memerintah. Persoalan timbul samada dapatkah PAS menerajui kepimpinan negara disamping melaksanakan kehendak rakyat secara menyeluruh? Persoalan persoalan yang dikemukakan oleh Sdr Pembaca itu lah yang menarik perhatian saya. Walaupun persoalan tersebut nampak bersahaja namun intipati persoalan tersebut membuka banyak pertanyaan dan pertanyaan ini perlu dijawab dalam usaha memberi kesan menyeluruh atas cara mana kerajaan baru itu akan bertindak. Sistem dan perlaksanakan apakah yang harus dilakukan oleh Kerajaan Baru tersebut. Apakah perubahaan mereka boleh diterima rakyat?

Saya mengambil kesempatan menampal semula artikel dari penulis mimpi :

 

 

Apakah kerajaan yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.Kenapakan selama ini rakyat menyokong BARISAN NASIONAL ? Apakah hasrat dan harapan sebenar rakyat? Apakah punca rakyat menolak kerajaan BN sekarang ? PAS atau REFORMASI? Adakah penentangan ini hanya sebagai ALL MALAYS AFFAIR? Adakah kejatuhan ekonomi punca penentangan? Peralihan UMNO ke PAS atau peralihan UMNO ke Sdr Anwar Ibrahim? Apakah perubahan yang akan diadakan oleh PAS? Bagaimanakah PAS dapat membentuk satu kerajaan yang akan diterima masyarakat? Apakah perbezaan polisi dari sudut ekonomi,politik dan sosial yang akan dibawa oleh PAS? Bagaimanakah agaknya PAS menangani isu perkauman,kebebasan agama dan kebudayaan yang berbilang kaum? Apakah tidak akan ada kroni,nepotisma dan korupi dalam kerajaan baru kita kali ini? Apakah strategi kerajaan baru dalam menangani isu kemiskinan yang terjadi kerana kejatuhan ekonomi? Apakah contoh contoh "bailout package yang akan disediakan oleh kerajaan baru kita ini? Sistem pendidikan sekular atau mixed? Bagaimana agaknya Kerajaan Pentadbiran Islam dari sudut "Islam for the racial and different Social Culture". Pembangunan menyeluruh baik dari segi Kemanusiaan, Ekonomi dan Politik, apakah dasar baru kerajaan tersebut? Bagaimana agaknya kerajaan baru kita menangani isu setinggan ? Selain dari Dasar Ekonomi Baru yang sedikit sebanyak ada keberkesanannya apakah alternatif kerajaan baru kita nanti.? Bagaimana agaknya sistem pentadbiran kita khususnya Perkhidmatan Awam? Apakah agaknya dasar pembangunan Sosial kita? Perundangan kita bagaimana? Isu Keselamatan Dalam Negeri ISA bagaimana agaknya setelah dibubarkan? Apa pula tindakan kerajaan baru atas tuduhan Anti Kerajaan? Bagaimanakah ketelusan kerajaan baru kita agaknya. Mesyuarat kabinet mungkin akan disiarkan secara langsung? Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagaimana? Undang Undang Penyiaran kita akan digubal semulakah? TV3 ASTRO dan lain lain rangkaian swasta akan disekat jugakah? Rancangan Barat akan terus dihapuskan ke? "Sensorship board" akan mula diketatkan dan rancangan yang terus menolak pembinaan akhlak Islam akan di hapuskan segera,mungkin? Apa kabar MARA,FELDA,FELCRA dan lain lain jabatan yang masih terikut dengan sistem kerajaan sekular lama? Dasar pandang ke Timur dimansuhkan dan dasar pandang ke Islam diperkenalkan? Bagaimana pendedahan pelajar kita dinegara barat? JPA masih mentadbir secara lama dan Majlis Dearah tetap dengan wakil JKK mereka kah? Apakah dasar pemberian tender kerajaan diubah? Apakah cadangan terbaik untuk pengambilan semula PLUS dan lebuhraya persekutuan lain dalam menangani peningkatan kos?

 

ISK ISK TERBANYAK SANGAT PERSOALAN ......MENGARUT KOT SAYA NI.....YE KE

BERIKUT DIATAS ADALAH KIRIMAN PEMBACA RUANG KOMENTAR.

 

Dalam bersahaja persoalan persoalan ini memberi kesan yang agak serius dan tidak dapat tidak ianya adalah persoalan yang kemungkinan melambangkan kecelaruan pemikiran penulis dalam siapa yang sebenarnya layak memerintah dan apakah akan terjadi pada Malaysia semasa diperintah oleh Kerajaan Baru.

 

APAKAH KERAJAAN BARU PASTI MENGIKUT KEHENDAK DAN CITA CITA RAKYAT SECARA KOLEKTIF.

 

Apakah strategi dan landasan yang diambil oleh kerajaan baru tersebut? Ini penting dalam menentukan pembangunan bangsa dan negara agar tidak terbantut.. Dalam kita memperjuangan KEBEBASAN Sdr Anwar Ibrahim , kita juga harus meneliti apakah pembangunan ,apakah sistem pemerintahan dan APAKAH KERAJAAN BARU PASTI MENGIKUTI KEHENDAK RAKYAT DIMALAYSIA INI?

 

Jawapan yang pasti boleh diterima dalam membincangkan perkara diatas adalah pada saya seperti berikut:

 

KERAJAAN BARU tidak tentu dapat memenuhi semua permintaan rakyat dan berkemungkinan juga tidak dapat melaksanakan beberapa perubahan dalam pentadbiran mereka mengikut kehendak rakyat. Beberapa polisi yang ada sekarang ini seperti Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pertanian, Dasar Pendidikan , Perkhidmatan Awam dan lain lain perlu pembaharuan selaras dengan apa yang diinginkan oleh rakyat. Pelbagai sistem perlu dikemaskinikan dari Kerajaan Pusat ke Kerajaan Negeri dan seterusnya Majlis Kerajaan Tempatan. Perekonomian Negara yang sedang dalam keaadan kritikal perlu ditangani dan apakah kuasa kuasa luar sanggup membantu dalam pinjaman dan perkembangan ekonomi. Sesuatu yang paling kita geruni adalah kekayaan individu dalam kerajaan sekarang ini. Kekayaan Daim Zainuddin, suku sakat Mahathir serta syarikat syarikat mereka merupakan kuasa individu yang mampu menganggu gugat cita cita kerajaan baru kita. Bursa saham kita juga hampir dimonopoli oleh kroni Mahathir dan ini mungkin menjadi penentu kepada index komposit kita serta manipulasi mereka mampu membuat pedagang asing menjauhkan pelaburan dari Malaysia. Apakah ini satu percaturan baik dalam kita menolak terus mereka secara menyeluruh? Apakah cadangan kita setelah berjaya mendapatkan sabuah kerajaan baru.

 

MAMPUKAH KERAJAAN BARU KITA MENTADBIR TANPA KESALAHAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG INI.

 

Kerajaan Baru kita ini mungkin akan berdepan dengan satu cabaran yang amat besar. Cabaran dari luar dan dan dalam negeri terpaksa dihadapi dengan bersungguh sungguh demi membentuk satu kerajaan yang akan diterima masyarakat. Kerajaan sekarang ini telah dilumurkan dengan beberapa dosa yang mungkin tidak dapat dimaafkan oleh rakyat. Sistem pemberian kontrak yang tidak telus, keadilan dan perundangan yang dilaksanakan bagi membela kroni mereka, menghalang kebebasan bersuara, manipulasi keatas media dan badan badan yang sepatutnya berkecuali seperti polis dan kehakiman serta yang paling besar sekali ialah membelakangi rakyat.

Mampukan Kerajaan Baru mengadakan sistem yang lebih effektif dan memberi keutamaan kepada keadilan dalam semua aspek. Apakah Kerajaan Baru akan turut sama dengan Kerajaan Lama setelah kuasa dimiliki? Apakah gerenti yang kerajaan baru ini tidak akan bertindak sama dengan kerajaan lama?

Persoalan ini membawa kita kepada salah satu iklan Pas dalam harakah berbunti " GIVE US A CHANCE" atau "BERI KAMI SATU PELUANG". Ini membawa kita kepada artikel Komentar berjudul "WHY NOT" atau "KENAPA TIDAK"

 

Parti Pembangkang tidak pernah lagi menunjukkan kegagalannya mentadbir negara sedangkan Barisan Nasional telah gagal dalam usaha mereka berpunca dari tindakan Dr Mahathir yang membuat rakyat marah dan pelbagai rahsia kepincangan pemerintah terbongkar.

 

Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional berpunca kepada pemimpin pemimpin mereka yang sanggup membelakangi rakyat semata mata mempertahankan Dr Mahathir. Tumpuan mereka bukan untuk rakyat tetapi untuk menghalang rakyat dari terus bertindak untuk menggesa perletakan jawatan beliau.

 

APAKAH YANG TELAH DILIHAT OLEH RAKYAT SEHINGGA SANGGUP MENGAMBIL RISIKO UNTUK MENGGESA DR MAHATHIR MELETAK JAWATAN ?

 

Rakyat telah menyaksikan bahawa Kerajaan sekarang ini cuba sedaya upaya menutup kesalahan mereka khususnya dalam agenda seperti kroni dan nepotisma. Mereka cuba menghalang rakyat dari menyuarakan ketidakpuasan hati dan cara penghalangan ini dibuat dengan menakut nakutkan rakyat. Jabatan Polis sendiri bertindak seolah olah kebebasan bersuara ditentang oleh mereka. Jabatan Polis dan Jabatan Guaman turut terlibat dalam politik dan mempolitikkan isu semasa. Kezaliman keatas Anwar Ibrahim pembuka segala kecurangan yang dilakukan oleh mereka. Kekayaan kroni mereka melebihi dari apa yang sepatutnya diberi. Tidak salah kalau kroni mereka diberi beberapa projek tetapi kalau kemewahan melampau diberikan maka semestinya lah ada antara kita yang tertindas.

Konspirasi politik yang dikemukakan oleh Sdr Anwar ada kebenarannya. Keraguan penangkapan Sdr Anwar memburukkan keadaan. Tindakan polis mendera para demonstrasi merugikan kerajaan.

Tetapi suatu yang khusus dilihat oleh rakyat adalah:

 

KERAJAAN MEMBELAKANGI KEHENDAK RAKYAT DEMI KEPENTINGAN TERSENDIRI. PENOLAKKAN RAKYAT PADA MAHATHIR DIBALAS DENGAN GERUN OLEH KERAJAAN. RAKYAT DITAKUTKAN DENGAN ISA DAN RAKYAT DITUDUH TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN. SIKAP BONGKAK PEMIMPIN DALAM MEMPERTAHANKAN MAHATHIR DITOLAK OLEH RAKYAT.

 

APA YANG PASTI BIARPUN KERAJAAN BARU BELUM TENTU DAPAT MEMBERSIHKAN PENTADBIRAN NEGARA MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT TETAPI KERAJAAN SEKARANG INI TELAH GAGAL.

WHY NOT CHANGE? GIVE THE NEW GOVERNMENT A CHANCE.