Make your own free website on Tripod.com

MAKA DITAKDIRKAN TERBENTUK KERAJAAN BARU

KERAJAAN BARU(2)

 

Maka Kerajaan Baru terbentuk. Sorakan dan keriangan mereka yang menang kedengaran. Media tempatan heboh dengan kekalahan Barisan Nasional. Kerajaan Baru ini memegang melebihi 2/3 majoriti. Kelihatan Datin Rafidah Aziz sedang di temui oleh media dan seperti mana yang kita agak beliau akan mengatakan rakyat Malaysia dikaburi oleh dakyah Anwar Ibrahim. Mahathir hilang begitu sahaja , UMNO sepi dan Bangunan UMNO terbayang akan dilelong kerana kos penyelenggaran yang tinggi. Mahathir, Daim Zainuddin dan lain lain ahli parti konspirasi mula keluar peluh. Rahim Thamby Chik mula mencari pasport, Azizan mula mengaku beliau dipaksa oleh UMMI dan Ummi menjerit dipaksa oleh Aziz Shamsuddin serta ahli persatuan konspirasi. Jabatan Perdana Menteri lengang keesokan hari. Apakah langkah mereka ? Apakah cadangan mereka? Harapan mereka untuk Melayu bergaduh sesama melayu hampa kerana mereka yang diam selama ini keluar dan mengaku sebagai golongan "silent majority" dan menyatakan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim. Haruskah kita menerima? Haruskah kita percaya? Haruskah mertabat mereka lebih tinggi dari mereka yang hadir ke mahkamah untuk disabitkan kesalahan berdemonstrasi. Ibrahim Ali turut tersenggih dan mengatakan semasa Majlis tergempar UMNO beliaulah yang membela Sdr Anwar Ibrahim. Lalu dipasangkan pita rakaman sebagai bukti. Apakah mahu membiarkan dia mendendangkan lagu lompat sikatak lompat lagi. Majlis Raja Raja tetap diam. Masih tidak tahu bersuara seperti mana mereka diam semasa kita menghantar memorandum bantahan kepada Agung di malam keramat reformasi. Polis polis yang gambar terpampang memukul reformasi haruskan dibiarkan sekadar meminta maaf? Apakah perlu kita berdendam kepada mereka. Apakah kerajaan baru akan mengatakan tidak payah berdendam kita maafkan sahaja. Apakah layak kerajaan tersebut membebaskan mereka sedang kami yang dihinggap belantan polis dan berminum serta mandi air kuning?

Satu era baru. Dr Mahathir dan menteri kabinet lain diganti oleh jemaah baru dan mereka akan mengangkat sumpah dihadapan Seri Paduka Yang DiPertuan Agung. Mereka akan duduk menjawat jawatan dalam kerajaan dan kerajaan pusat . Nasib baik Sabah tidak memilih Barisan Nasional. Kalau pilih nescaya janji dua dalam satu tinggal satu, dan itu pun menjadi kerajaan pembangkang. Mereka yang telah lama memerintah dan punyai banyak sampah dibawah tikar masing masing kesejukkan. Bila agaknya Perdana Menteri baru akan mengetahui keburukan mereka. Kali ini mesti aku ditangkap dan dipenjara . Mahathir juga terlintas simen sejuk dalam lokap. Rafidah Aziz terbayang makanan ala buffet, beratur dan menikmati hidangan beramai ramai seolah olah pemimpin bersama rakyat tapi yang anih sedikit rakyat kali ini terdiri dari tahanan tahanan di Penjara. Hishamuddin terus pergi berjumpa Azmin dan cuba mengeratkan persahabatan kembali. Yang kesian, ya, yang paling kesian, Datuk Abdul Ghani Patail dan Judge Augustine sama sama dihantarkan ke Tanjung Rambutan kerana asyik menyebut perkataan "Not Relevant" dan "objection". Sedang hari berlalu, angkat sumpah jawatan dilaksanakan keadaan pemimpin kita terdahulu semakin serius. Mirzan dan saudaranya tidak tidur malam. Asyik asyik ketakutan. Lalu sahaja kereta didepan rumah mereka mereka telah berteriak "tolong jangan tangkap aku", "aku tak rasuah, aku terikut ikut bapak aku". Kesian mereka. Menyebut tentang Perdana Menteri lama Sdr Mahathir teringat kita kepada "bell boy"nya Abdullah Badawi. Terlalu sangat kempen sehingga lepas pilihanraya masih berkempen lagi. Terbawa bawa dek perasaan. Ada sekali tu beliau bersiap nak pergi ke pejabat nya sehingga isterinya terpaksa menamparnya dan berkata Abang! , abang bukan TPM lagi. Pilu pilu cerita ini. Anggota kanan polis sekarang sedang menjawat jawatan ketua guard di komplex membeli belah, aduh malang nasib mereka. Baru kesedaran timbul diantara mereka. Keadilan itu pasti akan datang , aku biarkan diri dimamah oleh PM Mahathir dan sekarang aku menerima balasannya. ADUHhhhhhhhh.

 So dah lepas seminggu kerajaan baru memerintah.....apakah usaha terbaru mereka...?

MOTTO CERITA INI:

BARISAN NASIONAL DAN UMNO TIDAK AKAN MEMBIARKAN PERKARA INI BERLAKU. MEREKA AKAN CUBA BIAR APA CARA SEKALI PUN UNTUK MENANG. MEREKA TAKUT SENARIO DIATAS BERLAKU.

DISEBALIK CERITA INI ADA SESUATU YANG PENTING PERLU KITA FIKIRKAN, MEREKA TIDAK MAMPU KALAH, TETAPI KITA RAKYAT MESTI MENENTUKAN KEKALAH MEREKA.MESTI !

 

Bersambung...bila Kerajaan Baru memerintah