Make your own free website on Tripod.com

MULA KERAJAAN BARU BERKUASA

KERAJAAN BARU 3

 

Masa pilihanraya telah tamat. Keputusan telah diumumkan. Mereka sedang merangka barisan kabinet baru. Muka muka baru akan dilantik menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Muka muka lama kerajaan boleh dilihat disudut ruang legar PWTC. Itupun kalau ada yang sudi menjengok.Sejarah telah berubah. Kerajaan baru dengan campuran beberapa parti pembangkang dahulu sekarang memerintah. Perdana Menteri baru dilantik maka satu upacara doa selamat diadakan di Dataran Merdeka. Parti pembangkang baru kalau nak turut serta boleh. Kalau hendak bawa slogan anti kerajaan baru bawalah. Tidak ada polis yang akan memukul saudara saudara dengan buluh panjang. Maka hadirin ramai tiba didataran merdeka.Polis menjaga lalulintas tersenyum lebar sambil bersalaman dengan ahli penyokong kerajaan baru. Jauh disudut Mahkamah terdapat beberapa orang anti kerjaan baru berkumpul dengan slogan majlis ini membazir wang rakyat. Ketua demonstrasi tersebut adalah Sdr Hishamuddin Hussien Ketua Pemuda UMNO,dulu pemangku naik ketua. Mereka menjerit jerit membantah dan sekali sekala ternampak pertugas khas kerajaan baru memberi mereka sedikit air buat membasah tekak setelah berdemonstrasi. Tidak kurang antara petugas tersebut yang mengajak beliau turun padang menjamah juadah yang disediakan. Sambil doa dibaca terdapat petugas yang masih mengumpul derma, hai macam dulu lagi. Maka kerajaan baru dibawah pimpinan Perdana Menteri baru bangun berucap. TV hadir tetapi sibok mengambil gambar Hishammudin Hussein sedang berdemonstrasi. Pengacara TV3 sibok memberi ulasan bahawa cuma 15 orang sahaja yang hadir untuk upacara doa selamat kemenangan parti baru. RTM terus tidak datang. Utusan dengan wartawan sibok dirumah Perdana Menteri lama. Dari Ketua Pengarang sampailah ke pemegang saham semua dirumah pintu Mahathir. Mereka ingin masuk tetapi tidak berjaya kerana Mahathir dilapurkan sedang tidur keletihan. Dihadapan Sri Perdana lengang. Polis yang senantiasa berkawal disitu sudah tiada lagi. Dalam kamar, Mahathir sedang bersiap mengumpul barang untuk keluar dari Seri Perdana. Kerajaan Baru belum halau tapi beliau sendiri mahu keluar. Kelihatan dicelah celah pokok tersebut Ibrahim Ali, Ahmad Badawi dan Daim Zainuddin hadir untuk berjumpa dengan Mahathir. Mereka nampak gelisah dan resah. Esok adalah hari yang penting bagi kerajaan baru. Satu Mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan bagi membincangkan agenda agenda baru pentadbiran. Sistem sekarang ini kelam kabut dan perlu dibaiki. Perdana Menteri baru di Dataran Merdeka sedang siap sedia untuk berucap. Tepukkan semakin gamat. Mereka keriangan dan semua bersyukur keatas Allah atas kejayaan itu. Maka diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia baru untuk memberi ucapan sulungnya. Setelah mukadimah biasa ucapan maka terdengar Perdana Menteri baru melaungkan dengan nada tegas lagi rendah diri. Katanya "siapakah kerajaan sekarang ini" Siapakah yang telah dapat memerintah Malaysia" maka ramai yang menjerit dan melaung KERAJAAN BARU, KERAJAAN BARU. "Tidak tepat kata Perdana Menteri , "Yang memerintah sekarang ini adalah rakyat dan rakyatlah yang berjaya", kami cuma wakil sahaja,bergemuruh tepukan , hangat suasana. Malam itu semua bersurai dengan penuh kegembiraan. Penuh kebanggan. Penuh rasa kesyukuran.

Esok kerja serius harus dimulakan. Perdana Menteri baru berjalan menuju kereta dan pulang untuk siap sedia menempuhi perjuangan baru, mengkotakan sumpah dan janji pada rakyat. Dalam kereta Perdana Menteri membelek dokumen dokumen agenda mesyuarat esok hari. "Aduh tebalnya buku agenda mesyuarat esok hari. Perlahan lahan dibelek dan dibaca. Banyak yang perlu dilaksanakan. Kehendak rakyat perlu dikotakan. Walau apa pun semua perlu dilaksanakan segera.

Apa yang pasti matlamat utama adalah memastikan harapan perjuang reformasi semasa bertindak memecat Sdr Anwar Ibrahim perlu diambil kira dengan segara sebelum kerajaan baru dituduh melengah lengahkan tindakan. Arahan pertama hari dilaksanakan.

Bersambung.........langkah awalan Kerajaan Baru