TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN SUDAH MULA BOLEH DICATURKAN. NG LUM YONG SEORANG MPT DALAM AJK PERHUBUNGAN NEGERI AKAN DITOLAK.

Komentar 18/2/2000

Zainur Zakaria dan kuncu-kuncunya kini boleh mencaturkan jawatan Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan. Kegiatan melobi sudah mula dilaksanakan oleh Sdr Onn Abu Bakar dengan politik ala UMNO dan didokong oleh Setiausaha Perhubungan Negeri Suhaimi Salleh. Kegiatan melobi ini telah dilaksanakan untuk mengenepikan seorang ahli MPT yang ada dalam AJK Perhubungan Negeri yakni Sdr Ng Lum Yong. Ng Lum Yong harus diketepikan dalam usaha Onn Abu Bakar untuk menjawatan jawatan Timbalan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan. Sebenarnya Komentar merasakan tindakan mereka ini benar-benar menunjukkan kelemahan dalam keADILan. Mata yang menjadi logo keADILan tertutup lebih rapat dari lebam mata Sdr Anwar Ibrahim. Sdr Onn Abu Bakar dan Sdr Suhaimi Salleh mempunyai rekod buruk dalam Perhubungan Negeri Kuala Lumpur sebelum ini kerana kegiatan dan usaha mereka untuk mencaturkan orang-orang mereka dalam bahagian-bahagian Kuala Lumpur. Komentar telah menerima satu dokumen yang menunjukkan hampir 7 bahagian sebelum ini memohon Zainur Zakaria untuk memecat Sdr Suhaimi dan mengugurkan Sdr Onn Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Dokumen ini telah ditandatangani oleh bahagian-bahagian tersebut tetapi Zainur Zakaria yang kurang arif dengan interpretasi demokrasi serta lemah kepimpinannya menolak dan mengenepikan masalah ini. Zainur Zakaria kemungkinan terlibat dalam usaha menjatuhkan beberapa bahagian sehinggga membolehkan Sdr Onn Abu Bakar dan Sdr Suhaimi Salleh memonopolikan keputusan di Kuala Lumpur. Dokumen yang diserahkan kepada Komentar juga memperlihatkan kegagalan Sdr Onn Abu Bakar dalam menjalankan kegiatan-kegiatan yang lebih menjana kemenangan pilihanraya. Komentar akan menyaksikan perkembangan Kuala Lumpur dan sekiranya perlu akan mempamerkan dokumen tersebut dalam Laman ini.

Zainur Zakaria kelemahan Sdr sangat Komentar kagumi. Jangan terkejut suatu masa nanti sdr akan jagi "kuli" bagi Sdr Onn Abu Bakar dan Sdr Suhaimi Salleh.

KOMENTAR