SUNGGUH SAYA BUKAN MAHU JADI TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN NEGERI

Komentar 26/2/2000

Lapuran terakhir di terima tentang situasi Wilayah Persekutuan. Onn Abu Bakar telah mengadakan beberapa perbincangan dengan kuncu-kuncunya dan cuba menyakinkan bahawa beliau tidak melaksanakan sebarang lobi-melobi untuk jawatan itu. Zainur Zakaria selaku Ketua Perhubungan Negeri yang teramat bijak sehingga dilantik jadi Hakim dalam keADILan sepi seolah-olah mempercayai Onn Abu Bakar. Suhaimi Salleh selaku orang kanan Onn berkali-kali menafikan bahawa terdapat beberapa siri perbincangan untuk melantik Onn Abu Bakar sebagai Tim.Ketua Perhubungan Negeri. Isssyh...mainan politik mereka cukup canggih. Kabaran tentang siapa yang harus dilantik menjadi Tim.Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan terus merebak. Onn Abu Bakar nampaknya kemungkinan menjadi pilihan utama Zainur Zakaria kerana Onn Abu Bakar cukup cekap mengamalkan politik bertangga. Ng Lum Yong dalam pengiraan mereka harus diketepikan. Dengan terpinggirnya Ng Lum Yong maka Onn Abu Bakar menjadi pilihan utama. Gobalan sehingga maklumat terakhir masih menjadi Ketua Penerangan langsung tidak kelihatan dalam agenda Kuala Lumpur. Dengan naiknya Onn Abu Bakar maka pergolakkan terbaru akan berlaku untuk siapakah yang akan dilantik menjadi Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Hebat-hebat keADILan ini? Perang kat luar sana dilupakan sementara kerana merebut jawatan adalah lebih penting dari berjuang untuk membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.

Komentar hairan dengan keadaan Kuala Lumpur khususnya. Dikenali sebagai Tanah Lahir Reformasi akan berubah menjadi kubur reformasi selagi perkara ini tidak dibendung. Apa mereka fikir merebut jawatan dalam keADILan ini maka Sdr Anwar Ibrahim boleh bebas? Zainur Zakaria, ingatlah, semua ini angkara kamu. Tidak siapa yang boleh disalahkan tetapi diri kamu yang tidak berwibawa. Lantas ini akan menjauhkan kita dari erti dan makna perjuangan sebenarnya.

Zainur sedarlah, jangan jadi macam Mahathir , tahu salah tetapi tetap mahu memegang jawatan. Ingat tidak masa ada sekumpulan ahli menjerit slogan UNDUR ZAINUR UNDUR semasa pejabat di Ampang Park dahulu?

Ia masih bisa berlaku lagi Zainur.

Komentar