Make your own free website on Tripod.com

BILA PERJUANGAN MENYIMPANG PATUTLAH KEKALAHAN TERAMBANG

Komentar 28/1/2000

Lapuran ini diterima dan diminta oleh pengirim untuk dilapurkan.Dilapurkan bahawa kelemahan Ketua Perhubungan Negeri berpusat kepada penipuan yang dilakukan oleh leftenan-leftenan beliau. Dimaklumkan pada sekitar bulan MEI 1999 Sdr Anwar Ibrahim telah memaklumkan kegusaran beliau terhadap sokongan dari mereka diluar bandar. Kegusaran tersebut telah dimaklumkan dan Sdr Saifuddin MPT telah diarah mengendalikan program tersebut. Wilayah Persekutuan telah dimaklumkan dan Sdr Onn Abu Bakar telah dilantik bagi menjayakan Program tersebut. Walaubagaimanapun Sdr Onn Abu Bakar selaku Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan dengan jayanya membuat satu lapuran dan diserahkan kepada Sdr Saifuddin yang mana intipati lapuran tersebut merujuk kepada pergerakkan program tersebut dan betapa lancarnya program tersebut. Dimaklumkan kepada KOMENTAR juga sejumlah peruntukkan telah diberi kepada Sdr Onn Abu Bakar. Apa yang pelik lagi menghairankan adalah apabila GERAK membuat program tawan kampung pergerakkan dan perjalanan program itu amat ketara sekali tetapi apabila Wilayah Persekutuan melaksanakan program itu ianya hanya cantik pada lapuran. Kepincangan ini amat mendukacitakan. Satu salinan minit mesyuarat diperolehi dalam mana satu persoalan telah dikemukakan kepada ahli akan kenapa program tersebut tidak dilapurkan kepada Wilayah Persekutuan. Mesyuarat itu juga telah mengemukakan kesangsian perihal peruntukkan tersebut. Inilah masalah kita. Bila ketelusan itu tiada maka banyak andaian boleh dibuat. Apapun motto lapuran ini adalah sejak dari awal lagi beberapa kepincangan dan keenggaran pada arahan dan nasihat Sdr Anwar telah berlaku. Kita terus menerus menipu Sdr Anwar dan perjuangan ini. Kelemahan Ketua Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan jelas terserlah dan jelas memalukan kita. Kita selama ini ditekan dengan ugutan sekiranya kepincangan ini disiarkan maka Anwar yang menderita. Ugutan ini telah menjadi senjata kepada beberapa MPT untuk melakukan sesuka hati mereka baik kepada ahli,reformis bahkan Datin Presiden sendiri.

Reformis terus menerus ditipu dan diperkudakan oleh mereka. Kelemahan Zainur menyerlah dan penentangan beliau terhadap reformasi jalanan dan reformis yang menjawat jawatan jelas kini. Ramai telah dipancung dan pemancungan ini adalah permainan beliau yang menjeritkan laungan keadilan tetapi lemah dalam melihat senario sekeliling. Mangsa pembunuhan keadilan Zainur Zakaria sekarang telah mula loya melihat perjuangan parti yang serong. Zainur, buka mata dan minda anda. Sedarlah bahawa KOMENTAR senantiasa menuntut kebenaran dan keadilan agar perjuangan parti lebih mantap pada pilihanraya akan datang.

KOMENTAR