KEBENARAN SATU KEPAHITAN

Komentar 6/3/2000

 

Kedudukan Parti Keadilan Nasional TIDAK tergugat. Pendedahan Komentar bertujuan untuk menghapuskan sebarang kepincangan dalam parti. Komentar percaya bahawa untuk hadir dan melalui pilihanraya yang ke 11 nanti parti perlu MANTAP, STABIL dan KEPIMPINAN PERLU BERWIBAWA. Jelas kritikkan Komentar agak keras tetapi cara dan laluan lain untuk menyampai mesej itu sudah ditutup oleh beberapa kepimpinan yang mempunyai agenda tersendiri dan mengambil platform parti untuk kepentingan diri. Ini BUKAN corak perjuangan yang kita mahu. Ini bukan cara kita untuk menjana kejayaan. Budaya BODEK MEMBODEK dalam parti ini seharusnya dikikis dan secara perlahan-lahan dihapuskan. Perjuangan ini  BUKAN agenda kecil. Perebutan, pancung-memancung, mencaturkan politik buat kroni dan pembodek tidak akan menjayakan agenda REFORMASI. Komitmen dan pengorbanan harus menjadi ukuran untuk mengadakan jentera bagi terus melalui perjalanan hebat ini.

Apa yang telah diketengahkan oleh Komentar adalah satu kebenaran. Kebenaran yang agar pahit untuk diterima oleh sesetengah pihak. Kebenaran yang melukakan hati kita sebagai pejuang REFORMASI. Walau apa pun ia harus kita tempuhi dan kepahitan harus kita telani untuk menimbulkan kesedaran agar kejayaan dapat kita kecapi demi menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Setakat ini mereka yang rapat dengan perjalanan parti faham dan tahu akan masalah parti. Mereka tahu agenda parti telah lari dibawa oleh pemimpin yang terpesong arah dan matlamat perjuangan mereka. Kita harus pastikan perjalanan parti kembali kepada agenda asal dan memandangkan keadilan adalah pegangan kita maka suara-suara ramai,rakyat dan individu harus didengari tanpa prejudis. Oleh itu demi membawa balik arah tuju perjuangan ini maka kita terpaksa membongkar segala kepincangan yang dilakukkan oleh beberapa kepimpinan kita. Para reformis harus turut serta dalam membersihkan parti ini kerana kehadiran parti ini adalah atas pengorbanan para reformasi dan para refomis harus bertanggung jawab menentukan kejayaan parti dengan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim sebagai pengukur kejayaan tersebut.

Sebarang usaha membelakangi perjuangan REFORMASI tajaan Sdr Anwar Ibrahim harus di patahkan. Mereka harus disingkir agar terbela kezaliman yang diperlakukan atas Anwar Ibrahim. Pengorbanan beliau merupakan aspirasi perjuangan kita. Setakat ini tidak ada sesiapa dalam Parti Keadilan Nasional yang dapat menandingi perjuangan dan pengorbanan beliau. Jesteru itu sebarang percubaan untuk menolak atau menyingkir beliau seharusnya ditentang. Perjuangan REFORMASI adalah tajaan beliau. Perjuangan mengembalikan kuasa kepada rakyat adalah perjuangan tajaan beliau. Perjuangan menentang kronisma,nepotisma dan korupsi adalah agenda beliau dan perjuangan ini disambut oleh rakyat. Apakah wajar kemudiannya beliau dihina dan dicerca oleh kepimpinan parti yang pergorbanan dan perjuangannya tidak sehebat mana. Reformis harus bangkit dan memulakan sesuatu agar Bapa Reformasi kita tidak terus dilanggari dan diketepi oleh mereka yang merasakan mereka hebat tetapi lupa bahawa REFORMASI tuntutan rakyat dan didokong oleh rakyat atas usaha dan pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim.

 

KOMENTAR