Make your own free website on Tripod.com

PANTUN "PERISYTIHARAN PERMATANG PAUH"
oleh ida_ _ _ @hotmail.co
terima kasih dari komentar

Terbang rendah burung puyuh,
Singgah sebentar di atas dahan;
Kita sokong Perisytiharan Permatang Pauh,
Ia akan membawa kebaikan.
Rakyat Malaysia gemar makan nasi,
Makan selepas Solat Subuh;
Tradisi budaya Asia teras Reformasi,
Diisytiharkan di Permatang Pauh.
Dalam air ada ikan haruan,
Akan dipancing seorang belia;
Reformasi ertinya pembaharuan,
Berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia.
Dalam hutan ada Sang Kancil,
Sedap dimakan dengan nasi;
Mahu mahkamah yang adil,
Terlaksana dengan reformasi.
Memecat Anwar mencari fasal,
Di atas tuduhan tak munasabah;
Reformasi untuk keadilan sosial,
Setiap hari penyokongnya bertambah.
Selepas Isnin, hari Selasa,
Duduk bersembang di atas kerusi;
Reformasi menentang penyalahankuasa,
Mahu menghapuskan juga korupsi.
Singgah di warung makan mee,
Mendengar kaset mengenai reformasi;
Rakyat mahu keadilan ekonomi,
Hapuskan dulu korupsi dan kolusi.
Dalam media massa ada propaganda,
Berhati-hati kita membacanya;
Elok benar kuatkan iman anda,
Berjuang sehingga kita berjaya.
Makan petai ada khasiat,
Kurniaan dari Allah Taala;
Hidup manusia elok berpakat,
Dengan reformasi hak anda terbela.
Dalam laut kapal berlabuh,
Membawa barang-barang tempatan;
Wajib sokong Perisytiharan Permatang Pauh,
Majoriti rakyat akan dapat kebaikan.
Dari Kuantan pergi ke Pekan,
Beli durian dalam perjalanan;
Gerakan reformasi mahu pembaharuan,
Di berbagai aspek kehidupan.
Makan durian bersama keluarga,
Lepas makan sembahyang Zohor;
Dengan iman, tindakan terjaga,
Penyebar fitnah membazirkan umur.
Solat maghrib di Masjid Kampung Sauh,
Bersama anak-anak dan isteri;
Sokonglah Perisytiharan Permatang Pauh,
Supaya aman di dalam negeri.
Kanak-kanak makan roti,
Taruh kaya sedap rasanya;
Rakyat Malaysia perlu bersih hati,
Baru gerakan reformasi berjaya.
Dari Tapah pergi Permatang Pauh,
Beli petai seikat besar;
Membuat baik Allah suruh,
Selamat di Padang Mahsyar.
Oleh: Kumpulan Reformasi 16.9.1998 (Rabu)      
 

From: "Ida Asni"
terima kasih dari komentar

Dengarlah rakan saya berperi
kisah tauladan bumi sendiri
sakit kutelan umpama duri
buat panduan anak pertiwi.
Dulu negaraku megah berdaulat
gagah dan kaya masyhur sejagat
pemerintah bertakhta di hati rakyat
adil saksama mengatur adat.
Kusangka panas hingga ke petang
rupanya gerimis jua mengundang
Negaraku tewas kepada petualang
angkara buas pribumi yang curang.
Bukan salah orang mendatang
silap tuan rumah seperti lalang
tiada berhemah membahagi hidang
juadah di kawah dikaut sorang.
Rakyat rugi penjajah berkuasa
menjajah hati dan juga minda
yang berdengki turut binasa
sama dikasi menjadi hamba.
Dalam sejarah pernah tersurat
melaka alah angkara khianat
fitnah siasah direka hebat
angkara kerenah dengki kerabat.
Adam tewas kerana nafsu
hawa lemas di balik pintu
syaitan puas memujuk rayu
wang panas masuk ke saku.
Sedarlah pemerintah jangan melatah
pantang dibantah (IKUT SUKA AKU) mencelah
dikurung dibelasah diaib malah
di bumi ALLAH menunjuk megah.
Bukan rakyat tak kenang jasa
tapi mandat harus dijaga
peganglah erat amanah Yang Esa
nasihat rakyat usah dialpa.
Marilah kini kita bertekad
agar pertiwi tak terus gawat
kejutkan pribumi yang bangun lewat
sebelum matahari terbit di barat.
 

TERIMA KASIH