DILAPURKAN BEKAS SETIAUSAHA POLITIK SDR ANWAR, MOHAMAD EZAM SEDANG MERANGKA SATU PENYATUAN MELALUI PARTI POLITIK UNTUK MEMULAKAN PERJUANGAN REFORMASI SERTA MENGHADAPI PILIHANRAYA

Salam Reformasi,

 

Dalam menganalisa betapa perlunya perangkaan yang lebih strategi menghadapi pilihanraya atau menjatuhkan kepimpinan anggota konspirasi tersebut, tidak lain dan tidak bukan maka pemikiran kita sampai dipertengahan jalan yang memerlukan satu keputusan. Keputusan yang perlu dibuat adalah samada membuka satu parti politik yang baru atau menggunakan platform parti lain dalam kem pembangkang untuk mencapai hasrat menutut keadilan.

Antara yang dipersoalkan adalah:

1. Wajarkan parti politik baru dibentuk.

2. Wajarkah penggunaan parti yang tidak aggresif sebagai platform baru reformasi.

3. Atau memulakan perjuangan dengan menyertai PAS ,DAP atau PRM?

Perkara ini disiarkan dalam akhbar THE STAR 26/3/99.

 

ULASAN KOMENTAR

 

Dalam kita melihat senario politik dewasa ini maka politikus kedua dua belah pihak yakni kerajaan dan pembangkang sedang sibuk dalam usaha mendapatkan sokongan demi menubuhkan kerajaan baru (harapan reformasi) sementara pihak kerajaan berusaha untuk menangkap anti Mahathir Demonstrator. Dalam kemulut inilah maka timbul beberapa pendapat yang mengutarakan bahwa Sdr Anwar perlu menyertai PAS dalam usaha memenangi kerusi dan seterusnya memimpin negara. Mohamed Ezam dalam kenyataanya sedang berusaha untuk memberi semangat dan kejayaan baru melalui satu platform politik yang diharapkan dapat menumpaskan kerajaan Malaysia.

Walau apa pun sekiranya Ezam memilih untuk menubuhkan parti baru maka beliau terpaksa memulakan langkah memperkenalkan parti baru tersebut keseluruh negara termasuk kawasan pendalaman tanpa sokongan media tempatan. Jesteru itu penubuhan ini tidak mungkin dapat terlaksana kerana pendaftaran baru akan mengambil masa yang panjang . Alternatif yang sebaik mungkin adalah untuk Mohamad Ezam menghidupkan atau memberi nafas baru melalui parti yang sedia ada. Maka apakah pilihan Mohamed Ezam? Adakah beliau akan memulakan platform perjuangan melalui PAS ,DAP atau PRM? Ini bukan satu pilihan yang mudah. Ezam sebenarnya mempunyai 2 pilihan yakni menyertai PAS atau PRM. Satu keputusan yang bukan senang dibuat oleh Ezam dan pemimpin reformasi. Mereka terpaksa menilai dengan sebaik mungkin pilihan platform perjuangan mereka.

 

PAS ATAU PRM, mana satu ?