Make your own free website on Tripod.com

RAFIDAH AZIZ PATRIOTIK?

 

Rafidah Aziz dilapurkan berkata bahawa Dr Wan Azizah tidak patriotik dengan mengeluarkan kritikan terhadap kemulut politik negara kita ini di Manila. Tidak patriotik apakah yang dimaksudkan beliau. Perjuangan menuntut keadilan dan menghapuskan kezaliman tidak patriotik. Rafidah perlu sedar patriotik kepada negara harus selaras dengan cita cita menyempurnakan semua sistem dalam pentadbiran negara. Datin Wan Azizah sayangkan negara ini tetapi kebencian rakyat kepada pemerintah adalah perjuangan yang sedang di laksanakan dan dipikul oleh beliau.

Rafidah Aziz, patriotik kepada negara atau patriotik kepada Dr Mahathir? Tidak usah cerita perihal patriotik kalau sendiri yang mengancam keharmonian negara. Tidak usah cerita patriotik kalau perlakuan zalim jelas dilaksanakan kepada rakyat. Tidak usah cerita patriotik kalau keadilan dicalari dan dinodai oleh kamu.

 

Patriotik kepada Mahathir bukan itu yang kami cari.