Salam Reformasi

Komentar 1

11 February 1999

 

 

Sekali lagi masalah Komputer menghantui kami. Namun alhamdulilah ianya dapat kami atasi hari ini. Satu perkara yang tidak dapat diatasi adalah keengganan Mahkamah mencari kebenaran. Bagi yang mengikuti perkembangan kes ini jelas bahawa mahkamah yang bersidang bagi mengadili kes Sdr Anwar Ibrahim tidak bertindak mencari kebenaran malah lebih kepada teknikal sahaja.

Perkataan tidak relevant diucapkan oleh hakim setiapkali teori konsipirasi diperdengarkan. Hakim menolak terus teori konspirasi yang wujud dalam kes ini sedangkan kami percaya Hakim sudah melihat bahawa bukti bukti asas teori konspirasi telah wujud. Teori konsipirasi inilah punca segala galanya tetapi ini tidak diterima. Cuba kita fikirkan kenapa sekarang ini Hakim Paul mengeluarkan "gag order" supaya kenyataan Anwar Ibrahim perihal komunikasi beliau dengan ketua konsipirasi , IGP dan kenyataan lain perihal salah laku Datin Paduka Rafida Aziz TIDAK DI SIARKAN DALAM AKHBAR kerana ianya adalah kabar angin tanpa bukti sedangkan mereka memburukkan Sdr Anwar perihal salah laku seks tidak serius dihalang oleh mahkamah. Ini juga tuduhan yang tidak berasas dan tuduhan ini juga gagal dibuktikan oleh pendakwaraya.

 

Persidangan Mahkamah ini lebih bersikap teknikal tanpa berhiraukan kebenaran. Mahkamah sesolah olah tidak lansung bagi "benefit of the doubt " atau seolah olah telah menetapkan bahawa persoalan utama adalah samada Sdr Anwar Ibrahim memberi atau tidak memberi arahan kepada polis. Sebab atau kenapa sekiranya arahan diberi tidak perlu dikaji. Mahkamah jelas membelakangkan atau menolak tugas mencari kebenaran dan keadilan dan sekarang cuma bersikap teknikal dalam mengendalikan kes ini.

Secara moralnya Sdr Anwar Ibrahim telah berjaya dalam "round 1" yakni mengagalkan pendakwaan atas kes salahlaku seks sehinggakan pendakwa terpaksa menukar dan meminda kes tersebut disaat terakhir. Ini dibenarkan oleh hakim Paul dengan mendakwa bahawa pemindaan itu tidak banyak "significant" Apakah sekarang ini kita boleh menerima pindaan kes tersebut tidak banyak "significant". Karut! Ini semua adalah pembikinan konspirasi.

Anwar Ibrahim pernah mendakwa bahawa anggota konspirasi Mahathir mesti mencari dan akan berusaha untuk memenjarakan Anwar Ibrahim kerana takut rahsia mereka terselongkar. Apakah sudah perkara ini.Apakah kita harus tutup mata dan membiarkan mereka menabit dada setelah melakukan kekejaman keatas Anwar Ibrahim. Apakah masa reformasi telah berlalu dan masa revolusi telah sampai. Apakah anggota UMNO semua buta dalam melihat kesalahan , kezaliman dan penindasan keatas Sdr Anwar Ibrahim. Kita fikirkan lah. Anggota Gerakan Keadilan fikirkan lah. Apakah kita akan berjaya atau kita sesama akan berputih mata melihat Sdr Anwar Ibrahim diperlakukan sedemikian. Apakah rakyat sedar bahawa ini satu penipuan yang amat hina dilakukan oleh Mahathir.

 

Komentar

 

UMNO bangun dan sedarlah bahawa MAHATHIR pemusnah parti.