PERMOHONAN MENGHALANG HAKIM PAUL AUGUSTINE DARI TERUS MENGENDALIKAN KES PERBICARAAN SDR ANWAR IBRAHIM

 

 

 

Peguambela Anwar Ibrahim telah membuat permohonan bagi anakguamnya untuk mengugurkan Hakim Paul Augustine dari terus mengendalikan kes perbicaraan tersebut. Affidavit ini boleh dibaca dari laman Mahazalim2. Permohonan ini akan menunjukkan bahawa terdapat beberapa keraguan dalam cara mana Paul Augustine mengendalikan kes tersebut. Melihat dari perkembangan kes ini tidak dapat dinafikan bahawa Paul Augustine bukan sahaja tidak menjalankan kewajiban untuk mencari kebenaran sebenar tetapi secara terbuka meningkatkan kemarahan rakyat apabila menunjukkan sikap yang lebih kenderong menyebelahi Peguam Negara. Jelas usaha peguam bela Anwar Ibrahim dibantutkan dengan kehadiran hakim yang tidak berusaha mencari keadilan tetapi mengunakan interpretasi perundangan yang begitu sempit dalam mengendalikan kes ini. Kami teringat kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhbar The Star yang memetik Paul Augustine dilapurkan berkata dan dapat disimpulkan sebagai beliau tidak kira sekiranya seluruh Malaysia dikatakan korup asalkan kes ini mengikut proseding yang ditetapkan oleh beliau. Tertuduh sepatutnya diberi keutamaan dalam membela dan Pendakwa seharusnya bertindak memberikan hujah hujah yang dapat menyangkal sebarang kesangsian untuk mendapatkan keputusan bagi kesalahan tertuduh. Tetapi dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim tertuduh seolah olah telah bersalah dan adalah tanggungjawab tertuduh untuk membuktikan tanpa kesangsian bahawa beliau tidak bersalah. Peranan Paul Augustine juga mendapat tentangan kebanyakan pakar pakar pengamal undang undang negara ini.

Walauapa pun kita tahu bahawa dengan adanya konspirasi ini dan Pejabat Peguam Negara yang seolah olah "desprate" untuk menunjukkan kesalahan Sdr Anwar maka permohonan ini akan ditolak. Penolakkan ini akan lebih mengerohkan hubungan dan akan membuat Paul Augustine mengambil isu ini sebagai satu serangan individu keatas kredibiliti beliau.

 

 

KOMENTAR

Setakat ini kita semua golongan reformasi akui sikap Paul Augustine seolah olah beliau turut serta dalam konspirasi ini. Paul Augustine takut kepada ketuanya semana Pegawai Polis Kanan yang lain takut pada Rahim Noor lalu menyembungikan perbuatan jenayah beliau.