KES KEAHLIAN PARTI KEADILAN NASIONAL

Komentar 25/2/2000

Siapakah yang jadi pembohong dalam kes keahlian Parti Keadilan Nasional ? Menurut Sdr Goh (Ketua Biro Keahlian) sekretariat mereka tidak pernah tidak mendaftarkan setiap borang yang sampai ke sekretariat mereka. (MAKLUMAN INI DISIARKAN DALAM LAMAN RESMI KEADILAN). Menurut lapuran yang diterima jumlah ahli yang telah mendaftar dan sampai ke Pusat melebihi dari 100,000 ribu yakni pada bulan kedua atau ketiga penubuhan parti. Menurut dari lapuran perbincangan antara wakil wakil dalam Barisan Alternatif bagi membincangkan jumlah agihan kerusi (peringkat awalan) dimaklumkan bahawa jumlah ahli berdaftar adalah melebihi 200,000 orang. Dari nombor pendaftaran ahli, ahli yang berdaftar pada penghujung tahun 1999 direkod sebagai ahli ke 35,000 lebih.

Komentar tidak mahu mempersoalkan tentang kutipan wang atau sebarang sabotaj terhadap pendaftaran parti. Yang Komentar persoalkan adakah kepimpinan keADILan ini berwibawa? Anuar Tahir selaku Setiausaha Agung sepatutnya tahu perkara ini. Memang benar kita baru ditubuhkan tetapi soal keahlian ini perlu diselesaikan dahulu sebelum sebarang tindakan diambil untuk pemilihan bahagian. Apakah ini kerja seorang Setiausaha Agung. Kewibawaan beliau amat meragukan. Sungguhpun begitu seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah ketelusan mereka. Bukan sahaja senarai ahli tidak tepat malah ahli atau AJK Perhubungan Negeri dan beberapa MPT sendiri masih tidak tahu jumlah ahli sebenarnya. Jangan guna tektikal sebagai alasan. Komentar tahu alasan mereka adalah tidak mahu musuh mengetahui kekuatan kita. Semua itu alasan semata-mata. Yang pasti pendaftaran keahlian tidak sempurna, jumlah keahlian tidak tepat dan ahli bahagian atau negeri pun tidak wujud sudah mahu diadakan pertandingan merebut jawatan bahagian.

Malang nasib kita, dapat Setiausaha Agung tetapi tidak tahu menjalankan kerja, atau mungkinkah beliau terlampau bijak berpolitik sehingga mahu tukarkan :

Nama keADILan kepada keANUAR TAHIRian

Komentar