Make your own free website on Tripod.com

PEMUDA UMNO "PAK TURUT"

 

Pemangku Setiausaha Agung PAS Dato Hishamuddin Yahya meletakkan Pemuda Umno sebagai "pak turut" kepada pimpinan atasan UMNO. Pemuda UMNO hanya mengekor tanpa mendahului dalam segala isu.

Komentar

Kenyataan ini memang jelas dan kita sebagai pemerhati politik sedar bahawa kewibawaan , kelantangan dan peningkatan aktiviti Pemuda UMNO tamat setelah Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pemuda UMNO selepas itu lebih kepada "Pak Turut" tanpa tahu hala dan tuju kehadiran mereka. Kita jelas lihat bagaimana Pemangku Ketua Pemuda UMNO sekarang ini hanya mampu menyokong Ketua Pemimpin UMNO. Dato Hishamuddin Tun Hussien gagal menerangkan kepada semua golongan Pemuda Umno perihal pemecatan Sdr Anwar Ibrahim. Pemuda gagal menerangkan kedudukan sebenarnya dan kegagalan memberi penerangan berpunca kerana kemungkinan mereka sendiri kurang pasti atau kurang percaya bahawa keadilan wujud dalam pengendalian kes Anwar Ibrahim.