From: "Anti Umno" <anti_umno@hotmail.com>

Assalamu'alaikum wr wb

Kisah-kisah buruk Chandra Muzafar telah lama saya dengar, tetapi saya terus
menahan diri dari memberi komen dalam forum ini. Cukup setakat saya
menyatakan bahawa sejak sebelum pilihanraya lagi saya telah bantai
cukup-cukup Chandra di hadapan beberapa pemimpin kanan PAS, sama ada dalam
pejabat atau kedai kopi, dan mereka ternyata gagal sama sekali memberi walau
sedikitpun kredibiliti kepada Chandra untuk saya anggap mewakili keikhlasan
dalam perjuangan menentang kezaliman dan jenayah Umno/BN. Saya ingin berlaku
adil kepada tokoh yang tak ingin saya lihat kelibatnya itu, tetapi tetap
juga Chandra adalah watak yang amat saya curigai, yang amat saya benci. Hati
saya amat merintih, mendidih dan merasa amat menyesal kerana pernah sekali
saya mengangkat Chandra di atas kerusi tolaknya dari bawah naik ke atas di
bilik mesyuarat di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat. Saya menyesal! Saya
menyesal!!! Apakan daya, pada masa itu saya tak tahu Chandra sebenarnya
adalah replika musuh yang berjaya menyusup masuk ke dalam kalangan
orang-orang yang saya hormati. Saya ada sebab yang kuat untuk membenci orang
itu yang nak sebut namanya pun saya geli. Adapun mengenai Anuar Tahir,
Zainur dan Marina, itu saya tak tahu dan tak adil saya komen. Wassalam.
- Penarik Beca