UMNO MENGEMIS DALAM BARISAN NASIONAL

 

Komentar 21/4/99

 

Politik Malaysia kini berada dalam keadaan yang tidak menentu. Pemecahan Melayu kini jelas terbayang dengan terbahagi mereka kepada yang menyokong UMNO, PAS, PRM dan PKN. Pemecahan ini merisaukan UMNO. Kerisauan ini lebih memuncak kerana Melayu kini telah mula mengalih arah dari UMNO ke PAS, PRM dan PKN. Habis apakah yang tinggal bagi UMNO. Sungguhpun masih terdapat mereka yang memberi sokongan kepada UMNO tetapi jelas saban hari makin ramai antara mereka yang mula merubah pandangan dan sokongan kepada parti pembangkang. Apa yang tinggal lagi pada UMNO? Kalau Melayu telah menolak UMNO kepada siapa UMNO boleh berpaut.

 

UMNO yang dahulu menjadi tunggak pemerintahan Barisan Nasional sekarang akan menjadi pengemis dalam Barisan yang dibentuk mereka sendiri.Mereka kini mengemis sokongan komponen lain dalam parti. MCA dan MIC khususnya mempunyai pengaruh yang banyak dikalangan kaum masing masing dan sokongan ini lah diharapkan oleh UMNO bagi membenarkan Barisan Nasional terus memerintah. UMNO. Secara teorinya UMNO memperjudikan rakan rakan komponen mereka dalam kemelut politik yang dicipta mereka sendiri. Bagi UMNO sokongan masyarakat Cina dan India kepada Barisan Nasional adalah harapan dan nyawa bagi mereka terus memerintah negara ini.

 

KINI UMNO MENGEMIS DALAM BARISAN NASIONAL

 

Kepudaran UMNO sekarang ini jelas. Masyarakat Melayu telah beralih arah. UMNO ketinggalan. Mereka tahu mereka akan menempuhi kesukaran dalam menghadapi pilihanraya ini. Mereka harus bertindak dalam usaha untuk mengekalkan kuasa supaya kesilapan dan kesalahan mereka dapat ditutupi. Apa harus mereka lakukan. Pengemis ini masih terlalu ego dan masih mahu meneruskan usaha memegang pada kuasa. Mereka dengan itu memperjudikan parti komponen lain dalam usaha mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah. UMNO bukan sahaja cuba memasukkan isu perkauman malah mencabar rakyat bahawa sekiranya mereka mengundi parti lain selain dari Barisan Nasional maka kesejahteraan perkauman akan terganggu. Isu yang digunakan ini jelas menunjukkan bahawa sokongan UMNO dan kejayaan Barisan Nasional hanya bergantung kepada komponen dan bukan UMNO.

 

MCA & MIC YANG MENJADI TUNGGAK BARISAN NASIONAL SEKARANG

 

Umno sudah tidak diterima. Melayu telah menolak UMNO. Dalam Barisan Nasional UMNO merupakan parasit yang akan menganggu kejayaan Barisan Nasional. Taraf UMNO sebagai tunggak Barisan Nasional hanya tinggal nama. Kenapa MCA & MIC tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO merupakan tanggungan sekarang ini. MCA dan MIC seharusnya sekarang ini memegang tunggak Barisan Nasional. UMNO hanya memperjudikan mereka untuk matlamat tersendiri.Bukan kah itu benar? Fikir lah sendiri. Jika Barisan Nasional kalah , kekalahan ini adalah kerana penolakkan rakyat kepada UMNO. UMNO akan menarik MCA dan MIC ke Lembah kekalahan.

 

UMNO seharusnya sedar bahawa selagi mereka berkompromi dengan Ketua mereka yang terdiri dari anggota konspirasi dan pendokong konspirasi selagi itulah kemulut politik ini tidak akan berakhir. Sedarlah negara ini rakyat yang punya.