PEGUAM KECEWA DAN ANWAR YAKIN BAHAWA KONSPIRASI INI AKAN MENYEBABKAN BELIAU DIPENJARA

 

Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bercadang untuk mengakhirkan kes mereka setelah penolakan beberapa saksi oleh Hakim Paul. Paul setakat ini telah secara khusus kelihatan telah menolak semua bentuk tuduhan konspirasi baik politik mahupun polis. Paul juga menganggap Gurbacan Singh tidak bertanggung jawab dan boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah atas kenyataannya yang menganggap bahawa keadilan terbantut atas keputusan hakim menolak saksi saksi yang hendak dikemukakan bersabit dengan teori konspirasi.

Kita menyaksikan sendiri setakat ini tindakan hakim memang menolak dari keadilan menyeluruh dilaksanakan. Keadilan sepatutnya tidak dibezakan dengan peruntukan undang undang secara teknikal. Sikap dan tindakan Hakim Paul jelas menunjukkan bahawa beliau berusaha keras untuk menutup sebarang percubaan untuk mencari keadilan secara keseluruhan. Hakim Paul seolah olah mahu menutup konspirasi yang wujud. Tindakan Paul ini akan menyebabkan tanggapan menyeluruh bahawa beliau sendiri terlibat dalam aturcara konspirasi ini.

SDR ANWAR IBRAHIM TIDAK TERKEJUT JIKA BELIAU DIDAPATI BERSALAH

 

Sdr Anwar Ibrahim dalam temubual dengan CNN melapurkan bahawa beliau tidak terkejut jika beliau didapati bersalah. Beliau apabila ditanya perihal hukuman penjara melapurkan bahawa tidak ada beza antara hukuman penjara 2-4 tahun.

KOMENTAR KECEWA DENGAN KEADAAN INI DAN PERCAYA HANYA REFORMASI HARAPAN KITA

 

Jelas kelihatan bahawa konspirasi ini tidak akan berakhir sekiranya Barisan Nasional berkuasa. Kekecewaan Peguambela jelas apabila berhadap dengan golongan konspirasi. Semua ruang untuk menunjukkan bahawa terdapat konspirasi poltik dan polis ditolak. Hakim Paul harus ditolak atas penglibatan nya dengan anggota konspirasi. Kami melihat dan merasakan kekecewa peguambela yang berhempas pulas cuba menunjukkan bahawa konspirasi wujud dan kes berpunca dari satu perancanaan jahat mereka.

Sekarang terpulang kepada tindakan kita sebagai pendokong Reformasi dalam menentukan apakah langkah seterusnya untuk menunjukkan bahawa kita menolak mereka yang terlibat dengan konspirasi.

 

HAKIM PAUL JELAS TERLIBAT DALAM PAKATAAN JAHAT KONSPIRASI.

 

PEJABAT PEGUAM NEGARA HILANG KREDIBILITI KERANA TURUT TERLIBAT

 

KITA PASTIKAN ANWAR TIDAK DIPENJARA, KITA PASTIKAN SUARA KITA DIDENGARI