PENJELASAN KOMENTAR

Komentar 26/1/2000

Komentar mahu menjelaskan bahawa Komentar tidak pernah BIADAP terhadap perjuangan REFORMASI tajaan SDR ANWAR IBRAHIM.Komentar hadir di setiap peluang melaungkan jeritan reformasi dan bangkit mendesak dijalanan akan perubahan dijalankan.Komentar memberhentikan laman seketika untuk memulakan lobi semasa pilihanraya dan bangkit semula setelah pilihanraya dalam melihat betapa terpesongnya beberap kepimpinan parti dalam menjana kearah Malaysia yang lebih ADIL. Perjuangan menuntut KEADILAN adalah agenda yang tidak boleh dikompromikan langsung. Komentar berani menegur kerana kebenaran dan tuntutan keadilan. Komentar mohon maaf akan peradapan Komentar kerana Komentar dididik oleh Sdr Anwar Ibrahim untuk bertindak berani dan tegas apabila soal keadilan diperkotak-katikkan oleh politikus yang mempunyai agenda tersendiri.

Kita tidak mahu anasir dan budaya fitnah,cantas mencantas untuk kepentingan dan kerjaya politik dijadikan budaya keadilan. Sekiranya Parti Keadilan Nasional terluka sekarang ianya adalah untuk kemantapan masa hadapan. Jangan terus-menerus membohongi perjuangan ini. Jangan kurang ajar kepada tuntutan REFORMASI. Komentar jelas mempunyai kebenaran dan tidak hanya menulis untuk populariti. Kalau difikirkan buat apa Komentar mengejar populariti sedangkan Laman ini bertindak tanpa sebarang nama tercatat.Apa yang menjadi matlamat Komentar sekarang adalah untuk pejuang keadilan yang jujur tetapi tercalar,terkecewa,difitnah,disingkirkan dan dihina hasil perlakuan beberapa orang Majlis Kepimpinan Tertinggi yang hanya mempunyai agenda tersendiri yang membawa masuk budaya kotor UMNO dan Semangat 46 dalam parti. Kebersihan perlu dibuat kerana sekira desakan reformasi ini membawa kita kepada pilihanraya akan datang ia akan menjadikan Parti Keadilan Nasional lebih mantap dan selesa untuk memperjuangkan keadilan. Kita juga tidak mahu melihat kejatuhan UMNO diganti dengan kepimpinan yang lebih teruk menginterpretasikan maksud keadilan. Kita tidak mahu mereka yang berselindung dibawah motto keadilan untuk menyongsangkan perjuangan Sdr Anwar Ibrahim. Kita tidak mahu pula kepimpinan yang rakus menjalankan urusan seperti seorang diktaktor. Kita mahukan kejayaan bagi Parti Keadilan Nasional disamping kepimpinan yang bersih dan tidak korup. Kita tolak kezaliman dan kita tegakkan keadilan maka janganlah mereka-mereka yang berkuasa dalam keadilan menaipulasi parti untuk Agenda tersendiri.

Sekian Dari KOMENTAR