KOMENTAR MENGULAS BEBERAPA KENYATAAN

Komentar 30/1/2000

Komentar tertarik pada artikel Star 29/1/2000 yang mengulas kenyataan Sdr Ezam Mohd Noor berkenaan masalah dalaman Parti Keadilan Nasional. Sdr Ezam memaklumkan bahawa ada percubaan untuk memecah-belahkan parti khusus antara beliau dan Timbalan Presiden. Beliau memaklumkan bahawa kemungkinan ini dilaksanakan oleh mereka yang kecewa dalam parti atau mereka yang telah diupah oleh UMNO. Dimaklumkan kepada Star bahawa perhubungannya dengan Timbalan Presiden utuh begitu juga perhubungan Timbalan Presiden dengan lain-lain MPT . Komentar tidak mahu mengulas kenyataan Sdr Ezam Mohd Noor secara "total" tetapi yakin setiap penutupan "cover up" akan lambat laun terbongkar juga.

Apa yang Komentar mahu tekankan ialah seandainya Komentar adalah UMNO "planted" maka agak sia-sia Komentar melaksanakan ini selepas pilihanraya. Apa yang boleh Komentar jelaskan ialah Komentar telah melihat sendiri perkara-perkara yang pincang dilakukan oleh beberapa MPT sebelum pilihanraya Umum. Akan tetapi sekiranya pendedahan itu dibuat maka kedudukan Parti Keadilan Nasional akan terus hancur dan ini akan menyukarkan Sdr Anwar Ibrahim dibebaskan. Pada andaian Komentar sungguhpun beberapa kepincangan jelas berlaku, andainya Sdr Anwar Ibrahim dapat dibebaskan setelah kemenangan Barisan Alternatif maka perubahan dapat dilaksanakan oleh beliau dan dengan kematangan politik beliau maka mereka yang beragenda tersendiri dapat diketepikan atas nama keadilan. Malangnya Barisan Alternatif kalah dalam pilihanraya ini. Kekalahan ini disambut oleh Barisan Alternatif hanya sebagai permainan kotor Barisan Nasional tanpa melihat kesalahan sendiri. Cuba kita lihat pula kesalahan kita dan lihat pergolakaan kita yang menjadi penyumbang akan kekalahan kita semasa pilihanraya. Hampir pilihanraya Timbalan Ketua Perhubungan Negeri tersingkir akibat permainan politik dan keputusan bodoh Zainur Zakaria. Jentera Bahagian Batu terkubur dan pergolakkan ini meruntuhkan peluang Barisan Alternatif di Batu. Segambut juga dicemari dengan pergaduhan kerana kelemahan Zainur Zakaria dan permainan politik lembab oleh mereka.Terpecah dua Bahagian Segambut. Dalam pada itu penyingkiran Sdr Fadhil seorang reformis dan tahanan ISA selama hampir 40 lebih hari menyebabkan runtuh keadilan di Segambut. Banyak lagi perkara yang menjadi tanda tanya kenapa kepimpinan kita mengambil unsur tohmahan dan fitnah untuk membuat keputusan. Penyingkiran Sdr Rahman Ibrahim yang ditubuh sebagai "spy BN" tanpa justifikasi dan tanpa memberi beliau peluang untuk membela diri adalah keadilan bagi Zainur Zakaria. Keruntuhan Serawak dengan kenyatan Sdr Annuar Tahir di media tanpa memaklumkan beliau kemungkinan adalah keadilan. Akhbar The Star melapurkan dengan tajuk "keADILan Serawak in the dark" bukan hasil dari perbuatan Komentar.Kita lihat beberapa insiden yang dianggap pelik oleh Komentar. Sdr Tien Chua seorang reformis yang hebat dan dikenali di Kuala Lumpur dihantar ke Melaka (Selandar) yang mana laungan reformasi disana terlalu sayup didengari. Andainya mereka ini ditandingkan di Wilayah Persekutuan maka kemungkinan Sdr Tien Chua lebih dikenali dan peluang kejayaan akan lebih cerah lagi. Keputusan mengarut ini nampak menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan parti. Banyak lagi perkara yang disembunyikan demi menjaga agar pilihanraya sebelum ini tidak tercemar. Masing-masing antara mereka berdiam sahaja kerana takut sebarang tindak balas mereka akan mengagalkan rancangan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim. Setelah tamat pilihanraya maka inilah masanya untuk kekotoran tersebut dibersihkan agar kita tidak menghadapi pilihanraya akan datang dengan pekong yang dibawa selama 4 tahun. Kita tidak mahu lagi Sdr Anwar Ibrahim ditipu dengan mengatakan bahawa kebangkitan rakyat akan membawa kemenangan. Ingat lah mengharapkan semangat dan mood rakyat sahaja tidak akan membawa kejayaan. Sanggupkah kita berhadapan dengan pilihanraya akan datang dengan penuh kesangsian terhadap beberapa MPT. Seandainya Komentar ada niat jahat dalam menghancurkan parti ini semestinya Komentar laksanakan sebelum pilihanraya untung-untung dapat bayaran dari UMNO. Komentar turut serta seperti apa yang diulas oleh Laman Reformasi Mahazalim berusaha untuk menjaya kemenagan pada pilihanraya sudah dan semasa mahukan mood rakyat disemarakkan Komentar juga turut merasakan keenakkan lemang (buluh) yang dilibas kebelangkang tubuh ini bersama-sama rakan lain. Suara Komentar bukan suara kecewa untuk mendapatkan jawatan dalam parti. Suara Komentar adalah suara kecewa kerana ada beberapa MPT yang menyimpang dan melenyapkan keadilan yang dilaung-laungkan. Secara serius Laman ini boleh Komentar tutup dengan begitu sahaja sekira ada "independant panel" dibentuk untuk memperbaiki struktur parti dan membawa parti kearah kepimpinan yang lebih adil terhadap ahli,pejuang,OKT,bekas ISA ,reformis dan yang paling penting ketelusan kepada rakyat

Sebenarnya Laman Reformasi Utama Mahazalim turut membawa mesej yang serupa dengan Komentar bawa. Yang pasti Komentar keras dan lantang menyuarakan. Apa yang Komentar idamkan adalah keadilan baik dalam kita menuntutnya di Malaysia mahukan dalam parti. Cuba renungkan sejenak adakah pendedahan Komentar ini adalah untuk Komentar mendapat tempat dalam MPT atau sebarang jawatan dalam parti. Sekiranya ada bukankah lebih mudah Komentar mengunakan politik bercorak bodek membodek. Mengunakan Laman ini untuk membodek kepimpinan Chandra,Zainur Zakaria dan Annuar Tahir akan mempercepatkan agenda politik Komentar dari menghentam mereka. Fikirkan lah.

Komentar tidak mahu Parti Keadilan Nasional ini dibanjiri oleh budaya yang serupa dengan UMNO dan melaksanakan ketidakadilan dalam keputusan dan kezaliman dalam kepimpinan.

Untuk mengakhiri watikah yang panjang Komentar ini memberi pesan kepada mereka agar jangan KETEPIKAN pejuang keadilan yang telah mengorbankan segalanya demi tuntutan keadilan dan reformis.

Pesanan untuk Zainur Zakaria, mana dia, tahanan ISA dan OKT dalam AJK Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan yang suatu masa dahulu pengerak REFORMASI yang berpusat di Kuala Lumpur. Bukan sahaja mereka dicampak tetapi mereka turut dikeji dan dizalimi akibat kepimpinan tuan yang tidak berwibawa. Semua tempat lain turut menghadapi kedudukan yang serupa. Bagi yang kurang pasti dan bersemangat untuk mengetahui secara mendalam cuba mendekati mereka dalam parti. Tanya mereka tentang pergolakkan di Kuala Lumpur, Serawak yang beritanya telah tersebar dalam akhbar. Johor dengan mereka yang beragenda sendiri memboikot pilihanraya, Pemuda Johor yang diberitakan cuba dicantas dan sehingga kini belum pasti kedudukannya.(akan cuba disiasat )

TETAPI YANG PASTI SATU:

PERGOLAKKAN INI BERLAKU DAN TERUS MENJADI KRITIKAL APABILA BEBERAPA MPT KHUSUSNYA CHANDRA, ZAINUR, MARINA DAN ANNUAR TAHIR MENCAMPURI URUSAN TERSEBUT DAN MEMIHAK KEPADA MEREKA YANG TERSENARAI DALAM BUKU MEREKA SEBAGAI BERKEPENTINGAN UNTUK MEREKA.

KOMENTAR- tidak untung buat benda-benda sebegini melainkan hanya mahukan keadilan dan jangan mengkaburi para reformis,OKT,Tahanan ISA dengan mainan politik yang berlebihan sehingga tenggelamnya keadilan.