CHANDRA TUDUH ANWAR PENYELEWENG, CHANDRA CUBA MUSNAHKAN PERJUANGAN INI

KOMENTAR

4/2/2000

 

Komentar telah cuba mendapatkan Chandra Muzaffar untuk menafikan perbuatan beliau semasa program Bina Wadah anjuran Pemuda. Komentar cuba untuk TIDAK memberitahu secara terperincing perkara ini dengan harapan reformis-reformis yang hadir dalam program itu dapat melakukkan sesuatu bagi membela Sdr Anwar Ibrahim. Malangnya Chandra dibiarkan bebas melakukan pertuturan biadapnya. MPT hanya diam tanpa suara. MAKA dengan ini Komentar akan mengariskan pertuturan biadap Chandra agar rakyat khususnya pendokong reformasi dapat menentukan hukuman yang setimpal kepada mereka yang mengkhianati perjuangan ini.

 

CHANDRA pada program BINA WADAH anjuran PEMUDA keADILan Malaysia telah secara biadap mengatakan bahawa Sdr Anwar Ibrahim MENYELEWENG semasa dalam UMNO dahulu.

 

CHANDRA telah mengariskan bahawa Sdr Anwar Ibrahim:

 

TELAH TERLIBAT DALAM KONSPIRASI MENJATUHKAN TUN SALLEH ABBAS.

 

CHANDRA  turut mengatakan bahawa Sdr Anwar Ibrahim :

 

TIDAK BERTANGGUNG JAWAB DAN SECARA TIDAK LANGUNG MENUDUH Sdr Anwar TERBABIT DALAM KES OPERASI LALANG.

 

CHANDRA kemudiannya dengan angkuh MENUDUH Sdr Anwar Ibrahim

 

TERLIBAT DALAM MAINAN POLITIK WANG semasa pemilihan UMNO.

 

Banyak lagi pertuduhan keatas CHANDRA yang perlu diperketengahkan demi untuk menjaga keharmonian parti. Antara lain adalah pakatan CHANDRA dan ANUAR TAHIR dalam peranan menolak penyatuan PRM dengan keADILan.

 

Dilapurkan bahawa CHANDRA DAN ANUAR TAHIR telah melanggar keputusan Sdr Anwar Ibrahim dengan melantik diri mereka sendiri bersama Dr Mohd Nor Nawawi sedangkan usul Sdr Anwar Ibrahim adalah Sdr Saifuddin Nasution, Marina Yussoff dan Zainur Zakaria. Pelanggaran mandat ini adalah untuk memastikan agar cadangan pergabungan itu terbantut. Setelah arahan kedua untuk memulakan diskusi bagi penyatuan PRM dan keADILan dibuat dan rangka persefahaman bersama telah dicapai oleh Saifuddin, CHANDRA DAN ANUAR TAHIR TETAP menolaknya.Mereka takut jawatan mereka akan tergugat dan mereka-mereka adalah orang yang lebih mementingkan percaturan politik dalaman dari berjuang untuk menegakkan keadilan dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.

 

CHANDRA MUZAFFAR juga adalah orang yang menghina Sdr Anwar Ibrahim dengan mengatakan : ANWAR DALAM PENJARA APA DIA TAHU, dan dilapurkan turut berkata “ SAYA TIDAK PERLU MENGIKUTI ARAHAN DAN CADANGAN ANWAR, DIA DAN SAYA SAMA TAHAP”. Kenyataan-kenyataan sedemikian tidak wajar keluar dari orang yang dilantik untuk memperjuangkan Reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim.

 

Percaturan politik gandingan CHANDRA MUZAFFAR dan ANUAR TAHIR juga menyebabkan perlantikkan Sdr Saifuddin Nasution sebagai Ketua Sekretariat Barisan Alternatif sedangkan kepimpinan Barisan Alternatif lain seperti Presiden PAS, Presiden PRM dan DAP bersetuju perlantikkan tersebut. Dimaklumkan bahawa CHANDRA dan ANUAR TAHIR mahu membolot kesemua jawatan penting atau setidak-tidaknya meletakkan kroninya memegang jawatan penting baik dalam keADILan mahupun dalam Barisan Alternatif.

 

DIMAKLUMKAN kepada Komentar juga bahawa program kutipan derma dari rakyat juga TIDAK MENDAPAT RESTU PRESIDEN PARTI.

 

Apakah motif sebenar CHANDRA MUZAFFAR dan ANUAR TAHIR? APAKAH mereka dalam usaha untuk mengenepikan Sdr Anwar Ibrahim dalam keADILan. Apakah mereka berniat untuk membolot kesemua kuasa dalam Parti yang kini mempunyai ahli yang ramai. Perlaksanaan dan percaturan politik hina mereka telah nampak jelas dengan peranan menjatuhkan golongan-golongan reformis yang memegang Ketua Perhubungan Negeri atau Ketua Bahagian.

 

Walauapa pun yang peliknya hampir keseluruhan Majlis Kepimpinan Tertinggi tahu peranan sumbang yang dimainkan oleh CHANDRA DAN ANUAR TAHIR tetapi membatu tanpa membela.

 

Komentar dengan kalimah REFORMASI menggesa kepimpinan lain dalam parti bangkit dan bertindak atas tindakan kurang ajar Chandra.

 

AKHIR KATA,

 

SIAPAKAH SEBENARNYA CHANDRA MUZAFFAR  DAN SIAPAKAH SEBENARNYA ANUAR TAHIR INI?

Komentar akan terus berusaha membongkar identity dan peranan  mereka.

JELAS PARTI KEADILAN NASIONAL TIDAK PERLUKAN  MEREKA YANG BERAGENDA TERSENDIRI DALAM PARTI.

 

KOMENTAR