BENARKAH TANDA TANDA PILIHANRAYA SUDAH TIBA

 

Benarkah tanda tanda pilihanraya sudah tiba? Nampak sudahkan kita tanda tanda awal pilihanraya?

 Apa yang jelas adalah lobi UMNO khasnya bagi memulakan kempen pilihanraya telah dijalankan. Pemberian tanah tol kerajaan negeri hebat dijalankan. Muka muka Mahathir mula ditampal dengan slogan slogan sokongan terhadap beliau. Jalan jalan baru, kempen memberi buku dan turun ke kampung kampung telah hebat dilaksanakan. Masyarakat UMNO Cawangan memulakan kempen seperti MASYARAKAT PRIHATIN dilaksanakan tanpa mendapat sambutan. Semua kian giat dijalankan dan apabila mereka merasa yakin bahawa rakyat telah melupakan dosa dosa mereka maka hari pilihanraya akan diumumkan. Ini memberi sedikit masa sahaja untuk yang lain bertindak khususnya pendokong Reformasi Anwar Ibrahim kelak. Maka cita cita reformasi Anwar Ibrahim untuk menjalankan pembaharuan akan terketepi. Maka UMNO yang kita lihat sekarang ini , yang menjanjikan keadilan terhad, yang menjanjikan kezaliman pada semua kecuali kroni kroni mereka, yang tidak menyama ratakan pemberian kekayaan kepada rakyat akan terpilih semula. Maka kita para reformasi akan terus tertindas , akan terus dihimpit keraguan dan akan terus melarat . Haruskah ini di biarkan, haruskan kita masih tinggal ditahap menjalankan demonstrasi , dan menjalankan aktiviti bangkangan dikedai kopi. APAKAH ITU STRATEGI KITA, APAKAH ITU CARA KITA, APAKAH ITU CITA CITA ATAU IGAUAN DAN ANGAN ANGAN SEMATA MATA.

 Ikhlas kami katakan kalau ini adalah strategi maka kami yakin kami dan pendokong reformasi akan senantiasa berada pada tahap yang sama dan didukung oleh kerajaan yang zalim selama lamanya.

 REFORMASI HARUS MEMULAKAN PLATFORM PERJUANGAN MEREKA

Dari analisa pilihanraya 1995 kita dapat perhatikan bahawa kekuatan Barisan Nasional sehingga kali ini adalah kerana pencampuran kaum didalam kawasan pilihanraya. Kita lihat PAS sentiasa aggresif dengan lobi mereka ,ceramah ceramah dan aktiviti aktiviti parti dari tamat pilihanraya sehingga ke pilihanraya baru . SYABAS PAS. Walaubagaimana pun usaha tersebut masih gagal memecahkan majoriti Barisan Nasional. KENAPA? Jelas antara jawapan yang boleh diterima pakai adalah pengundi pengundi kaum lain yang menjadi undi penentu. Ini bukan andaian tanpa kajian. Kajian menyeluruh sedang dilaksanakan oleh beberapa aktivis reformasi yang bertindak secara sendiri tanpa bantuan asas dan sokongan reformasi yang lain. Kami dalam usaha mencari beberapa butir butir dan idea penulisan telah dibawa bertemu dengan aktivis tersebut. Mereka memulakan operasi mereka untuk menentang sokongan UMNO di dua Bahagian iaitu WANGSA MAJU dan TITIWANGSA.

KAMI TELAH DIHALAKAN KEPADA BEBERAPA AKTIVIS REFORMASI TERTENTU YANG TELAH MEMULAKAN PLATFORM BAGI MENENTANG 2 KAWASAN PILIHANRAYA PARLIMEN IAITU WANGSA MAJU DAN TITIWANGSA.

Mereka telah menjalankan beberapa kajian asas pada kawasan tersebut dan sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi kawasan kawasan lain. Mereka sedang giat merangka aktiviti kumpulan bagi memastikan kejayaan REFORMASI bagi kawasan mereka. INI BAGI KAMI DIKOMENTAR ADALAH SATU STRATEGI YANG PENTING DAN PERLU DIPERTINGKATKAN.

Kami ingin merakamkan antara lain ucapan ketua aktivis tersebut dengan wakil kami.

Insyallah akan kami sampaikan kepada seluruh golongan reformasi melalui laman web KOMENTAR supaya menjadi satu pedoman dan strategi bagi pendokong reformasi kawasan kawasan lain.

Antara yang kami persoalkan adalah bahawa adalah usaha mereka direstui oleh pendokong reformasi utama dan ketua penyambung reformasi Sdr Anuar Ibrahim yakni Dr Wan Azizah?

Jawapan mereka sedikit sebanyak dapat disimpulkan seperti berikut:

Kami telah memaklumkan mengenai ini melalui deklarasi sokongan kami yang kami hantar kerumah beliau. Kami tidak mengharapkan jawapan kerana kami percaya Kak Zah sibuk menghadiri perbicaraan Ketua Reformasi kami Sdr Anwar Ibrahim. Walau apa pun sekiranya kami berjaya mendapatkan 100 hingga 200 orang untuk menyokong kami, kami percaya fakta pengandaan akan menjamin kejayaan sekira Reformasi didaftarkan.

Adakah usaha ini terganggu gugat sekiranya parti reformasi tidak didaftarkan.

Tidak. Kami akan terus berusaha biarpun tidak mendapat sokongan atau panduan mana mana golongan pembangkang. Yang pasti usaha ini adalah untuk memperjuangkan keadilan bagi Sdr Anwar Ibrahim dan menentang penipuan dan ketidak adilan khusus bagi kawasan ini dan Malaysia umumnya.

Kami melihat bahawa usaha sebegini merupakan strategi asas yang perlu dilaksanakan secara sistematik oleh pendokong reformasi. Mereka telah mula bergerak dan dari apa yang kami perolehi adalah golongan ini terdiri dari aktivis REFORMASI yang turut serta disetiap perhimpunan demonstrasi yang diadakan. Mereka terdiri dari cuma 5 orang pada asasnya dan kini sedang bergerak untuk menjalankankan usrah yang lebih berkesan. Mereka diketuai oleh salah seorang bekas Ketua Pelajar (Sekolah Undang Undang dan Pentadbiran ITM)

Motif utama mereka adalah bagi bersiap sedia untuk mengagalkan pendokong fitnah TITIWANGSA Dato Mohamed Suleiman. Bagi mereka kejayaan harus diperolehi secara menyeluruh dan berharap golongan lain dapat bertindak bagi kawasan kawasan lain di Kuala Lumpur dan seluruh negara khasnya.

Antara harapan mereka adalah supaya foundation seperti ini dibuka oleh setiap pendokongan reformasi dan bergerak secara kecil kecilan . Walau bagaimana pun mereka berharap agar setiap kumpulan tersebut menghantar deklarasi awal terlebih dahulu kepada Dr Wan Azizah biar pun surat tersebut tidak dijawab atas beberapa alasan guaman. Apa yang pasti adalah sebaik sahaja terdapat platform yang di bina oleh ketua ketua reformasi maka strategi bawahan telah tersusun dan semua cawangan boleh diiktiraf dengan serta merta. Ini akan membuatkan golongan reformasi terus bersedia dalam strategi mereka untuk pilihanraya akan datang. Apa yang perlu cuma koordinasi sahaja kerana paltform setiap kawasan telah tersedia.

Kami berharap kejayaan bagi golongan ini. Satu usaha yang membanggakan kami dalam laungan kami menuntut supaya REFORMASI membentuk STRATEGI.

Kami sanggup berusaha menjadi juru cakap mereka melalui ruang Laman kami. Bagi mereka yang ingin bertanyakan lebih lanjut lagi sistem dan strategi mereka sila teruskan melayari laman web ini dan email kami untuk menanyakan soalan soalan dari mereka.

SAMBUT LAH SALAM REFORMASI komentar akan bersama golongan ini mulai dari hari ini dan seterusnya sehingga SDR ANWAR IBRAHIM dilantik menjadi pemimpin kita, pemimpin MALAYSIA

KOMENTAR

KAMI MENGOLAH ARTIKEL INI UNTUK KESELAMATAN GOLONGAN TERSEBUT AGAR IANYA BOLEH MEMBENTUK SATU KUMPULAN YANG SEDIA KUAT MENGHADAPI PILIHANRAYA