Make your own free website on Tripod.com

ARAHAN BAGI MENGHARAMKAN PKN

 

KOMENTAR 12/5/99

 

Sumber diskusi antara Komentar dengan kumpulan gerakan aktivis politik,telah mengerakkan minda kami kepada satu kenyataan pengharaman berkemungkinan berlaku keatas Parti KeADILan Nasional dalam masa 2 minggu sebelum pilihanraya. Antara hujah yang dikemukakan oleh golongan ini adalah salah satu cara menyekat kebangkitan PKN sebagai pelapis kepada Barisan Pembangkang adalah dengan penggantungan pendaftaran pertubuhan PKN oleh Pendaftar Pertubuhan mengikut peruntukkan Akta Pertubuhan 1966. Apakah ini berkemungkinan berlaku. Dari penelitian kami memang benar perkara ini adalah satu agenda terpenting mereka dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Pegawai pegawai khas akan memulakan missi mereka untuk mengkaji beberapa peruntukkan yang boleh digunakan bagi mengistiharkan PKN tidak sah dan diharamkan. Mereka telah memulakan siasatan mereka terhadap pendaftaran bahagian dan cawangan serta ahli ahli PKN. Antara yang berkemungkinan digunakan sebagai senjata mereka adalah kesalahan penubuhan cawangan dan bahagian. Proses penubuhan cawang dan bahagian berkemungkinan menjadi modal utama mereka dalam mengenalpasti cara mana mereka dapat mempergunakan peruntukkan undang undang dalam menghadkan dan seterusnya melumpuhkan PKN. Ini adalh suatu perkara yang serius dan perlu diambil perhatian berat oleh pemimpin PKN. Keghairahan kita dalam mendapatkan seramai mana ahli dan menubuhan cawangan mungkin akan melalaikan kita dalam membaca dan menuruti peruntukkan perundangan baik dari peruntukkan Akta mahupun Perlembagaan Parti. Komentar juga difahamkan penerangan menyeluruh kepada penaja bahagian dan cawangan belum dilaksanakan dan ini merupakan satu ruang bagi melumpuhkan PKN. Awas kita perlu berhati hati. Komentar menyeru agar setiap Bahagian meneliti peruntukkan perundangan sebelum kita ditewaskan tanpa berjuang.

 

SALAM REFORMASI

 

KOMENTAR