HARI POLIS 25 MARCH 1999

Jabatan Polis akan mengadakan perjumpaan tahunan antara semua Ketua ketua Polis Negeri dalam membincangkan cara mana Jabatan Polis bolih meningkatkan imej Jabatan itu. Perjumpaan selama tiga hari akan diresmikan oleh Menteri Dalam Negeri juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdullah Badawi.

Dilapurkan bahawa Prof Dr Zainal Kling akan membentangkan kertas kerja bagaimana mahu membina semula imej polis sementara Ketua Editor Datuk A Kadir Jasin membentangkan kertas kerja berkenaan tanggapan media terhadap polis. Turut membentangkan kertas adalah Tan Sri Haniff Omar tentang tanggapan rakyat terhadap polis.

 

KOMEN KAMI

Prof Dr Zainal Kling memang seharusnya membentangkan kertas kerja tersebut kerana imej polis adalah pada tahap yang amat memalukan. Bagaimana pun memanggil Ketua Editor NST bagi mengemukakan kertas kerja dianggap sebagai satu panggilan yang tidak bermanafaat. Pak Lah jangan membuang masa dan berikan sahaja skrip pada Ketua Editor tersebut kerana imej NST dan media tempatan sendiri berada ditahap yang memalukan dengan gambaran berita yang berat sebelah. Dengan memanggil Tan Sri Haniff Omar maka perjumpaan ini akan menjadi satu bahan ketawa rakyat. Tun Haniff yang pada awal kes pemecatan Sdr Anwar cuba menabur fitnah atas beliau. Apabila kenyataan tipu beliau tidak di terima maka beliau kembali kepada kerusi beliau di Genting Highland. Apakah ini yang Pak Lah mahukan. Kerta kerja yang hendak dikemukakan adalah dari mereka yang tidak boleh diharap langsung dan terkenal dengan sikap berat sebelah dan berkompromi dengan kezaliman baik polis mahupun Mahathir. Diharapkan Prof Dr Zainal Kling dapat mengemukakan keperluan reformasi dalam Jabatan Polis. Adalah lebih baik kita memanggil bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor untuk mengemukakan kertas betapa perlunya Jabatan Polis mendera orang yang tidak tentu bersalah supaya mengaku demi menjimatkan masa.