Make your own free website on Tripod.com

AKHBAR THE SUN BERPOLITIK PULA?

 

The Sun 24 April 1999 mengeluarkan kenyataan bahawa Encik Ting Chek Ming Setiausaha DAP Ipoh Garden yang telah dikenakan pengantungan sebagai ahli DAP selama satu tahun merancangkan untuk tidak menyertai DAP. Gambar ikhsan THE SUN menunjukkan kad keahlian DAP dipatahkan menandakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada DAP khususnya Lim Kit Siang. THE SUN turut memaklumkan bahawa terdapat ura ura beliau akan menyertai Parti keADILan Nasional.

 

AWAS DAN WASPADA DENGAN KENYATAAN AKHBAR THE SUN. Kita telah dimaklumkan ,DAP & PKN sedia berkerjasama dalam usaha menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Kenyataan THE SUN mungkin mempunyai motif lain. Penerimaan kepada kenyataan sebegini mungkin akan menganggu gugat perhubungan antara DAP dan PKN. Adakah akhbar THE SUN telah mula untuk bermain politik?

 

PKN harus berwaspada dengan tektik memecahbelahkan perpaduan dikalangan Barisan Pembangkang yang telah bersedia membentuk parti alternatif untuk memerintah kerajaan.