LAGI LAGI ANUAR TAHIR

Komentar 12/3/2000

 

Perkara Sarawak tidak habis-habis diperkecuhkan oleh Anuar Tahir. Beliau masih mahu Yusuff Rahman disingkirkan dan seolah-olah mahu Sawarak bergolak biarpun Sarawak semakin hampir kepada Pilihanraya Negeri. Komentar dimaklumkan bahawa 13/3/2000 Anuar Tahir serta Sheikh Azmi akan berada di Kucing bagi menentukkan beberapa perkara di Sarawak. Sebelum ini dimaklumkan kepada Komentar 2 MPT lain telah pergi ke Sarawak. Keadaan Sarawak masih kucar-kacir sungguhpun mandat dan nasihat Bapa Reformasi kita adalah untuk mengekalkan Yusuff Rahman.Makna kata nasihat Bapa Reformasi DIKETEPIKAN LAGI OLEH ANUAR TAHIR.

Komentar turut dimaklumkan walaupun MPT lalu telah mengesahkan bahawa Ustad Awang Pon dilantik menjadi penyelaras sementara Sarawak tetapi sehingga kini watikah lantikkan belum dikeluarkan. Komentar telah melapurkan sebelum ini bahawa lantikkan Awang Pon datangnya dari Anuar Tahir. Antara sebab yang menyebabkan Anuar Tahir tidak mengeluarkan watikah lantikan adalah kemungkinan kerana perkara ini telah dihebohkan oleh Komentar. Mungkin Anuar Tahir terkejut dari mana sumber maklumat diperolehi oleh kami. Anuar Tahir tidak perlu terkejut, akuilah bahawa MAKLUMAT KOMENTAR TEPAT BELAKA.

Komentar juga dimaklumkan bahawa satu senarai nama ahli Kaum Iban (MENGANDUNGI HAMPIR 3,361ahli) akan mengumumkan keluar dari parti sekiranya Awang Pon dilantik. Anuar Tahir kenal benar Awang Pon, Awang Pon itu kan Bekas Presiden ABIM Sarawak, TAK GITU ANUAR TAHIR?

 

Sarawak,Sarawak nampak gayanya tidak habis pergolakkan Sarawak. Semakin dekat pilihanraya semakin kuat Anuar Tahir berkerja , tapi malang kerja bukan untuk menjana kemenangan tetapi berkerja untuk menaikkan orang dia dalam Perhubungan Negeri Sarawak.

 

SUKA HATI ANUAR TAHIR LAH, pembaca minta siasat kebenaran berita ini. Komentar yakin pada lapuran ini dan perkara ini adalah SAHIH.

 

Komentar