Make your own free website on Tripod.com

Komentar

2/3/99

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim mengaku memukul Sdr Anwar Ibrahim. ASP Mohd Rodwan diminta memberi sedikit pertolongan atas kesakitan akibat penderaan IGP. Datuk Yaccob dan SAC Ramli tahu tentang jenayah yang dilakukan oleh KPN ini. SAC (1) Musa Hassan tidak bertindak segara dalam mendapatkan rawatan segera kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka tahu dan mereka mendiamkan perkara ini. Tidak seorang dari mereka berani tampil sehingga Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan. Pihak polis senyap menutup satu jenayah yang dilakukan oleh Ketua mereka. Tidak ada perasaan simpati langsung dari mereka terhadap penderaan tersebut. Inikah dia POLIS DIRAJA MALAYSIA? Inikah dia kakitangan kanan polis yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedaulatan Undang Undang, memelihara keamanan dan kesusilaan negara ini.Apakah mereka takut? Kenapa mereka takut?

 

MEREKA TELAH BERSUBAHAT. MEREKA GAGAL DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB PADA NEGARA DAN RAKYAT. MEREKA HARUS LETAK JAWATAN. MEREKA TIDAK LANGSUNG PEKA KEPADA KEADILAN. MEREKA TIDAK TAHU ERTI SIMPATI DAN SIKAP INI BUKAN SIKAP YANG SEPATUTNYA ADA DALAM JABATAN POLIS KITA. GESA MEREKA LETAK JAWATAN