MENGATA ORANG KITA YANG LEBIH

Komentar 7/3/2000

 

Pencalonan Wanita UMNO sekarang nampak berat kepada Rafidah Aziz. Ramai juga penyokong beliau walaupun dimata media internet dan ceramah umum telah menjelaskan korupsi yang dilakukkan oleh beliau. Dokumen-dokumen yang ditandatangani oleh Ghani Patail disebarkan bagi menunjukkan bahawa Rafidah BUKAN sahaja telah menganugerahkan saham-saham kepada anak menantunya tetapi telah juga dirumuskan sah oleh Pejabat Peguam Negara sebagai MEMPUNYAI BUKTI KUKUH ATAS KESALAHAN RASUAHNYA. Apakah beliau ini masih di TERIMA oleh Wanita UMNO sedangkan rekod rasuahnya masih KONONNYA dalam siasatan polis. Hairan kenapa Wanita UMNO masih mahu menerima beliau ini sedangkan rekod buruk beliau terkenal se Malaysia. Nama beliau masih belum dibersihkan lagi tetapi beliau adalah penerima pencalonan tertinggi setakat ini. KENAPA WANITA UMNO MASIH MAHUKAN BELIAU? APAKAH WANITA UMNO RABUN UNTUK MELIHAT JENAYAH RASUAH YANG DILAKUKKAN OLEH BELIAU? JELAS MEREKA RAPAT BUKAN KERANA PERCAYA AKAN KEPIMPINAN RAFIDAH TETAPI TAKUT KEPADA MAHATHIR YANG MENYOKONG RAFIDAH. Begitulah dasar yang dilaksanakan oleh UMNO sehingga tidak dapat membezakan antara intan dan kaca. Apa yang jelas mereka gentar pada Mahathir dan slogan “pemimpin bukan ditakuti tetapi di hormati” menyimpang. Budaya takut dalam UMNO wujud dengan lebih serius lagi , dan ini  menghalang rakyat dan ahli UMNO untuk menyatakan komen dan kritikan terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Ahli mula menyepi dan mengambil sikap tidak mahu campur dalam UMNO. Komentar pernah dimaklumkan oleh seorang kawan bahawa terdapat satu kenyataan yang membidas orang yang berkecuali:

 

SIKAP BERKECUALI TIDAK PERNAH DAPAT MEMBELA MANGSA YANG DIZALIMI

 

Jelas Wanita UMNO gagal melaksanakan perubahan dan sekiranya Rafidah terlantik maka ini hanya menunjukkan bahawa Wanita UMNO lemah dan terus dihantui oleh bayangan Mahathir.Apa yang jelas Wanita UMNO buta dan mencalonkan Rafidah adalah kerana ketakutan mereka engkar kepada Bapa Kezaliman Bumi Malaysia.

 

Sesuatu yang amat jijik dalam UMNO adalah sifat takut ahlinya.

 

Alamak mengata orang kita yang lebih…..MPT kita juga membatu dan Pemuda kita kelu bila Chandra menghina Anwar Ibrahim.