BILA RAFIDAH TIDAK AKAN DIDAKWA DAN DI DAPATI BERSIH, IA HANYA MENUNJUKKAN BETAPA KOTORNYA BPR DAN KEPIMPINAN NEGARA SEKARANG INI

Komentar 9/2/2000

 

Bila Rafidah Aziz didapati bersih ianya hanya mempersoalkan  kewibawaan Pejabat Peguam Negara yang sebelum ini mendapati bahawa terdapat asas kukuh untuk mengheret Rafidah ke mahkamah. Keputusan BPR juga hanya menunjukkan betapa kotornya agensi tersebut. Agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan negara dari gejala rasuah kini terbabit dalam mainan dan percaturan politik. Rafidah MESTI dibersihkan sebelum pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita. Mungkin itulah arahan Dr Mahathir bagi membolehkan kabinetnya bersih dari mereka yang mencurigainya terutama dalam kes berhubungkait dengan Anwar Ibrahim. Ini juga bertujuan untuk memudahkan lagi pendakwaan atas kes Ezam Mohd Nor yang membongkarkan salinan dokumen salahlaku Rafidah yang telah ditandatangani oleh Abdul Gani Patail sendiri. Ini perlu bagi menyelamatkan kroni Mahathir yakni Rafidah dan terus menghancurkan Ezam bagi melenyapkan pengaruh dan perjuangannya. Aturcara ini BUKAN hanya menunjukkan kepincangan kerajaan sekarang ini tetapi menunjukkan juga betapa ternodanya keadilan dalam Malaysia ini.

 

KOMENTAR