AHLI UMNO AMPANG JAYA MENULIS LAGI

RASUAH PUNCA MALAYSIA KECUNDANG

 

Assalamualaikum Sdr/Sdri pembaca Laman Web Reformasi,

 

Malam ini tergerak saya menceritakan tentang rasuah yang diamalkan oleh pemimpin pemimpin UMNO yang tegas mendokong slogan BERSIH,CEKAP DAN AMANAH. Slogan yang dijadikan intipati dan nadi perkhidmatan kerajaan sudah pudar dan semakin hari semakin jelas bahawa Kerajaan kini berlindung disebalik penipuan dan slogan ciptaan yang tidak turuti mereka sendiri. Perlaksanaan dan perlakuan pengamal rasuah dikalangan tokoh politik dan pegawai kerajaan adalah punca kenapa rakyat dibebani dengan kos kehidupan yang tinggi. Pembelaan kerajaan kepada syarikat syarikat yang meningkatkan kos perkhidmatan amat mendukacitakan. Samy Vellu sebagai contoh membidas rakyat Malaysia sebagai rakyat yang mahukan keselesaan tanpa membayar. Kata nya " rakyat Malaysia mahu jalan yang kelas tapi mahu percuma". Pembelaan kerajaan terhadap syarikat yang mengenakan kos tol yang tinggi amat menghairankan. Kenapa tol dinaikan dengan begitu ketara bukan lah peningkatan kos penyelenggaraan tetapi peningkatan kos rasuah.

Kita ambil contoh kontrak kontrak penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh rakyat Malaysia dalam mengunakan lebuhraya. Kontrak penamanan rumput bagi "erosion control" Kontrak ini telah diberi kepada salah satu syarikat pencegahan "erosion" yang menanam rumput secara hidro seeding. Kos pembikinan projek tersebut tidak sampai 2.50 sekaki persegi tetapi dianugerahkan hampir 4.50- 5.50 sekaki persegi. Kontrak ini diberi pada sekitar tahun 1994. Kos pembekalan tong sampah, penamanan pokok dan pembinaan dinding menggunakan "keystone" adalah antara pembaziran dan perlaksanaan ini tidak sedikit pun dihiraukan oleh kerajaan kita.

Ini cuma contoh kos kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyaat Malaysia. Kita belum menyentuh kontrak kontrak pembinaan senitaman dan pejalan kaki di SHAH ALAM. Semua kos tersebut ditingkatkan dan dianugerahkan kepada ahli ahli kroni UMNO.

Hampir semua Majlis Kerajaan Tempatan disekitar Selangor terbabit secara langsung dengan rasuah. Ini tidak pernah disiasat. Sebarang komplain tidak dilayan . Pemberian kontrak khususnya bagi projek kecil bawah 50,000 di Majlis Dearah Gombak (sekarang Selayang) sekitar tahun 90an. Semua kontrak tersebut dianugerahkan tidak berlandaskan penganugerahan yang adil. Saya boleh sebut satu satu projek yang dilaksanakan dan siapakan yang mengaut kekayaan tanpa kerja. Kerja kerja senitaman Gombak adakalanya cuma bernilai 40,000 tetapi telah diluluskan hampir 120,000. Majlis Perbandaran Shah Alam turut serta dalam melaksanakan sistem rasuah sistematik. Saya berani mencabar MPSA untuk membuka semua kedudukan tender mereka dan disiasat oleh badan berkecuali. Kalau harapkan Polis DiRaja Mahathir memang tidak payah. Majlis Perbandaran Kelang dengan kontrak kontrak penyelenggaraan bahu jalan, jalan, longkang, pengutipan sampah dan tempat letak kereta. Bukalah satu satu tender dan lihat permainan sistematik rasuah mereka.

Semua inilah punca kejatuhan negara kerana sistem memperkayakan rakan taulan. Saya akui bahawa ada kebenaran mereka membantu tetapi kalau membantu demi mendapatkan balik habuan dan menyusahkan rakyat dan negara, itu bukan bantuan namanya. TENAGA NASIONAL dengan amalan rasuahnya merupakan satu bebanan kepada rakyat dengan peningkatan kos tenaga letrik. Cuba lihat tender tender mereka dalam pembekalan alat ganti sub station. Harga pembekalan cable glen boleh meningkat 8 kali bagi memenuhi kehendak para rasuah. Buka dan lihat pemberian tender kepada pembekalan copper strip dan copper bar. Syarikat yang berjaya memperolehinya terdiri dari kalangan pengamal sistem rasuah. Ini perlu dihalang. Ahli ahli politik bahagian terlalu taksub mengumpul harta dan menjadikan UMNO salah satu landasan untuk mengaut kekayaan. Tidak salah kata kata mereka bahawa politik adalah cara terbaik untuk menjadi kaya. Kita lihat bahawa pemimpin kita sekarang ii semua mewah mewah belaka,lebih mewah dari yang sepatutnya. Kenapa tidak lihat rumah rumah mereka dengan kenderaan kenderaan yang bersusun dirumah Megat Junid. Kita tidak lihat Datuk Mohamed Rahmat dengan commision dari penjual filem dan penerbit filem. Tidak salah kalau dikatakan oleh salah seorang pengarah filem Sdr Nasir Jani bahawa RTM penuh dengan rasuah. Datuk Mohamed Rahmat tidak perlu menyangkal penerimaan wang dari mereka sebagi, contoh sponsor bagi setiap kegiatan SETIA BERSAMA RAKYAT yang dibuat nya. Katakan Tok Mat dan bersumpah bahawa beliau tidak pernah menerima wang dari Datuk Zainal Naseri.Katakan Solid Gold bukan anak didik kamu dan kamu mengaut keuntungan secara jijik. Banyak kegiatan kegiatan ini dilindungi oleh ahli ahli politik yang menjawat jawatan tinggi dalam UMNO. Kita tahu tetapi kita tidak berdaya menghalangnya dahulu. Alhamdulilah Allah menurunkan hikmahnya kepada Sdr Anwar Ibrahim untuk memulakan penentangan dan meminta REFORMASI dilaksanakan.

Dalam usaha ini kita harus memulakan langkah kita, menghapuskan rasuah dalam negara kita secara serius . Kita patut siasat Kontraktor yang diberi kelas A dan berwibawa. Andai tidak ada pertalian politik dengan menteri jangan haraplah nak jadi kontraktor berwibawa biarpun telah banyak kontrak syarikat kelas berwibawa ini dilaksanakan oleh mereka secara sub.

 

Kalu nak ditulis kegiatan mereka kemungkinan tidak terlarat kita tetapi ini sudah cukup untuk kita laungkan REFORMASI dalam UMNO. Kita hapuskan pemimpin yang hanya memikirkan kekayaan. Kita cuba ubah tanggapan rakyat bahawa politik UMNO adalah syarat mencari kemewahan.