Make your own free website on Tripod.com
Reformasi Kecil Wangsa Maju mengucapkan Selamat Hari Raya bagi semua masyarakat negara kita. Usahakanlah agar kematian Keadilan dinegara kita ini dibela.Semoga kita bersama-sama  menentukan agar Reformasi kita berjaya. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang tidak sengaja dilakukan.

Komentar memohon ribuan maaf seandainya dalam masa kita memperjuangkan REFORMASI terdapat kekasaran kata. Semoga kita bersama sama maju menentang para konspirasi yang turut berhari raya tanpa segan dan silunya.

Editor 1

Mohon maaf sekira dalam masa saya membalas email saudara saudara terdapat kekasaran bahasa. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Bapa Perjuangan Keadilan kita Sdr Anwar Ibrahim dan kami berjanji akan meningkatkan usaha kami dalam menuntut keadilan yang telah terkubur hasil tindakan para konspirasi.