Surat ini diterima dan diminta untuk disiarkan

 

Salam Reformasi

Ahli UMNO Cawangan

 

Alhamdulilah Laman ini beroperasi semula. Moga moga penganjur laman ini masih mahu menerima tulisan saya. Saya juga ingin mendoakan agar perjuang keadilan tetap bersemangat dalam usaha kita memburu kejayaan.

 

Bercerita kita tentang pilihanraya,tidak kira samada diSabah yang akan diadakan tidak lama lagi mahupun di Semenanjung Malaysia, saya terfikir untuk mengemukakan sedikit sebanyak pendapat untuk dikongsi bersama. UMNO yang saya kenal dulu cukup cekap dalam membuat tamparan terakhir biar semasa menjelangnya pilihanraya mahupun selepas pilihanraya dalam usaha untuk mahu terus memerintah negara ini. Kita tidak mahu menunduh perkara yang bukan bukan tetapi hakikat kalah pilihanraya tidak pernah terlintas sebelum ini oleh UMNO sehingga gema Reformasi mula didengari. UMNO sering mendabik dada menggunakan isu kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik dan pembangunan sebagai modal dan isu pilihanraya. Isu isu ini pada pilihanraya yang sudah sudah merupakan satu isu kukuh yang mana sikap leka kita dimanipulasikan untuk terus memangkah UMNO dan Barisan Nasional. Sekarang kita dibangkitkan dengan laungan REFORMASI dan laungan ini seolah olah mengerakkan kita dari tidur lena dibuat angan angan dan bukan realiti.

Kita tergerak dan kita perlu berbuat sesuatu. Lalu kita sahut laungan reformasi Sdr Anwar Ibrahim. Laungan ini disabut serta merta oleh parti pembangkang khususnya PAS,DAP dan PRM.Apakah sambutan laungan itu boleh menjanjikan kemenangan? Apakah secara fizikal kita lihat ratusan ribu pendokong reformasi menujukkan kejayaan perjuangan? Apakah itu kemenangan?

Belum,kemenangan adalah apabila kerajaan baru terbentuk dan kerajaan baru ini mengikut lunas dan kehendak tuntutan reformasi rakyat.

Kemenangan adalah apabila keadilan tercapai dan kezaliman terhapus. Kemenangan juga adalah apabila kita merasa puas setelah pembelaan dibuat atas mereka yang dizalimi seperti Sdr Anwar Ibrahim.

Saudara Reformasi,

Dahulu saya dan anggota UMNO lain pernah didodoikan dengan nada merdu sehingga kita lupa bahawa keadilan terperab dan terselindung. Sekarang ramai yang telah dibangkitkan dari igauan mimpi indah. Bangun dari mimpi adalah satu realiti dunia. Realiti ini menjemput kita terus untuk memulakan satu langkah bersesuaian. Diantara itu adalah pemilihan, pemilihan arah tuju kita. Dalam terbangun dari mimpi tersebut maka ahli UMNO masih terpinga pinga. Antara sedar dengan tidak.Mereka mula tertanya,jalan manakah yang harus dituju? Landasan manakah harus diambil? Maka disinilah kurang pemerhatian kita. Kita laungkan reformasi,kita hadir memperjuangkan reformasi dan bila sampai pada pemilihan landasan maka ramai yang konfius. PAS,DAP atau PRM. Mereka yang telah lama dalam UMNO adalah seperti mereka yang telah lama dalam PAS. Tidak ada beza komitmen mereka pada parti masing masing. Langkah mengambil ahli UMNO yang benar benar dedikasi ini penting untuk penyatuan UMMAH. Meninggalkan mereka seolah olah memberi ruang terbuka kepada aktivis konspirasi melonjak naik meninggalkan kesan perjuangan kita yang bakal lapuk dan lekang .

Hari ini kita saksikan jentera pilihanraya UMNO bergerak pantas. Pergerakkannya yang tidak lain mempunyai satu matlamat yakni untuk menang. Dalam kesibukan itu banyak anggota pembangkang yang secara tiba tiba dibebani dengan masalah dalam parti. Kalau Harris Salleh di Sabah telah dibentangi dengan masalah kepimpinan parti, DAP pula menghadapi kehilangan ahli ahli DAP. Kenapa? Kenapa, tidak lain dan tidak bukan kerana masing masing punyai cita cita tersendiri. Apakah tidak mustahil tiba tiba sejarah lompat dai PBS ke Barisan Nasional berulang di Semenanjung? Fikirlah. Satiap saat teknik dan tektik pilihanraya difikirkan oleh UMNO sekarang ini. Lebih lebih lagi keadaan sekarang ini. Kita belum berjaya dan antara kami ahli UMNO tersanggut dipertengahan. Antara berubah parti atau tentukan reformasi dalam UMNO. Soalan yang tidak punya jawapan kerana semua adalah jalan menuju kepada keadilan sosial. Beberapa pandangan ingin kami berikan perihal kempen ANTI KERAJAAN, ANTI UMNO dan mempersendakan UMNO.Semua ini dilihat dan didengari oleh ahli UMNO seperti saya kerana saya sering berada dikalangan golongan reformasi dalam memperjuangkan keadilan semampu boleh. Kita ahli UMNO sudah hilang kepercayaan kepada Dr Mahathir Mohamed atas perlakuannya terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Itu satu kepastian. Akan tetapi satu lagi kepastian adalah kita mendengari lagu UMNO bukan setahun malah bagi saya telah hampir 7 tahun. Pegangan perjuangan UMNO secara keseluruhan masih utuh walaupun kepercayaan kepada kepimpinan UMNO tidak ada lagi. Bukan mudah untuk keluar dan tidak mudah untuk melupakan. Apalagi kalau sikap dan ceramah yang didengari itu mengutuk antara kami yang sama sama melaungkan ALLAHUAKHBAR dan REFORMASI semasa berdemonstrasi. Antara kami yang hampir 10-15 tahun menyertai politik, berpolitik dan membicarakan politik terhina dengan kutukan dan sindiran sinis individu yang tidak sampai 2 bulan menyertai PAS. Matlamat semua cuma satu dan matlamat ini tidak ada sesiapa yang dapat membangkang. Matlamat mengadakan sabuah negeri makmur, membangun, bebas dari ketidakadilan dan kezaliman, kejayaan buat negara, Islam serta kebebasan kaum lain dengan kepercayaannya dan nilai murni kehidupan fana ini. Itu matlamat dan itu cita cita baik PAS ,DAP,UMNO dan semua parti lain.

Apakah perbezaannya? Perbezaannya adalah landasan dan cara. Cita cita murni tetap murni. Keruntuhan UMNO adalah kerana mereka yang memerintah lupa daratan dan asyik dengan kuasa. Ini seperti yang dikatakan oleh Sdr Musa Hitam pasti berlaku apabila terlalu lama memerintah. Ini adalah peradapan manusia yang lupa bukan parti bukan organisasi.

Sdr,

Penerimaan kepada pemerintahan PAS tidak ganjil malah dapat diterima. PAS dijangka berjaya tetapi Sdr perlu ingat kemenangan belum ditangan kita lagi. Penerimaan Sdr dari PAS terhadap kami dalam UMNO yang hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan juga penting dalam cita cita PAS memerintah. Penerimaan kami terhadap PAS juga tidak kurang pentingnya. Kami juga telah lama berenang dalam arena politik. Maka mari kita sesama membuka jalan bagi mengadakan satu kekuatan UMMAH, cukup kuat untuk menentang ketidakadilan yang berleluasa sekarang ini.

Penerimaan kami pada PAS sama penting dengan penerimaan PAS terhadap kami.

Awas kepada Perjuang Keadilan , segala mungkin dan jangan leka kepada permainan pilihanraya kerana ini adalah peluang terakhir dalam abad ini.

 

 

SAMPAIKAN SALAM SAYA PADA USTAD DR HASSAN ALI (AKRAB) SEMPENA 2 BULAN MENJADI AHLI PAS