Make your own free website on Tripod.com

"Pemuda Umno berjuang dengan tangan dan kaki diikat. Dalam keadaan inilah kami disuruh berperang"

                                                                                Aziz Sheikh Fadzil

 

AZIZ SHEIKH FADZIL ANTARA ANGAN-ANGAN DAN REALITI

 

Wawancara dengan Datuk Aziz Sheikh Fadzil banyak menunjukkan kepincangan dalam kepimpinan UMNO. Datuk Aziz tahu bahawa zaman untuk membela kepimpinan sudah tamat. Aziz sedar bahawa UMNO bukan dokongan golongan muda. UMNO sudah mula di tentang dan bagi Aziz Sheikh Fadzil kepimpinan yang tidak relevan menghalang PEMUDA UMNO dari menangkis serangan pembangkang. Aziz menyalahkan anggota UMNO kerana tidak berkerja, tidak komited dalam memulihkan imej UMNO. Aziz secara tidak langsung mahukan satu bentuk reformasi dalam UMNO.

 

Angan-angan Aziz memang besar. Aziz berangan mahu memulihkan UMNO sedang dosa kepimpinan UMNO belum tertebus. Aziz lupa melihat punca penentangan orang melayu khususnya golongan muda terhadap UMNO.

 

UMNO harus melihat asas penentangan dan sekiranya asas itu lari dari topik Anwar Ibrahim maka post-mortem yang dibuat oleh Pemuda UMNO nyata meleset. UMNO tidak berjaya menjawab soal-soalan berkenaan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan pendokongnya. Selagi isu Anwar tidak diselesaikan Datuk Aziz Sheikh Fadzir masih terus lena dengan angan-angan.

 

Datuk Aziz dalam wawancara menunjukkan bahawa PEMUDA UMNO MAHU MENGIGIT tetapi sayang gigitan mereka tidak akan menyengat kerana dosa kepimpinan mereka yakni Dr Mahathir Mohamed terpalit kemuka mereka. Kejijikan perbuatan Mahathir kini tumpah kepada UMNO.

 

Datuk Aziz kini berhajat untuk membuat program besar-besar bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada UMNO. Komentar syorkan Aziz lakukannya. Jesteru itu demi keadilan benarkan kami juga membuat program yang sama. Kita lihat besar mana program Pemuda UMNO dan besar mana program rakyat.

 

Satu pesanan Komentar kepada Aziz Sheikh Fadzil, bersihkan dosa dan kejijikan yang sekarang melekat pada UMNO, undurkan Mahathir dan pembodek utamanya, laksanakan reformasi yang tidak diikat tangan,kaki dan disenyapkan suara, Baru bercerita mengenai usaha untuk mendapatkan sokongan buat UMNO. Andai tidak BERANGAN SAHAJA -lah Datuk Aziz Sheikh Fadzil.

 

Komentar