LAMBAIAN TANGAN REFORMIS

Hembusan perjuangan Sdr Anwar Ibrahim kini diterajui oleh Sdr Ezam Mohd Noor. Bukan sahaja beliau seorang kepimpinan parti tetapi jelas beliau dianggap juga sebagai seorang reformis yang sanggup mara kehadapan demi perjuangan. Kehadiran beliau dan Sdr Tien Chua jelas menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah bersama-sama reformis.Yang kita harapkan jangan kita melebihkan politik sehingga terlupa matlamat perjuangan kita sebenar. Ingat pengukur kemenangan kita hanya apabila Sdr Anwar Ibrahim bebas dan agenda keadilan TIDAK BOLEH DIKOMPROMI. Selagi Sdr Anwar Ibrahim terkurung maka keadilan turut terkurung. Jangan kita benarkan sebarang angkara memusnahkan perjuangan kerana mahukan political millage sahaja. Hapuskan politik bertangga. Reformis BERJANJI AKAN TERUS MELAKSANAKAN PERHIMPUNAN AMAN sehingga keadilan tercapai. Sdr Ezam jangan biarkan mereka beragenda tersendiri meruntuhkan semangat reformasi.Jangan biarkan pejuang reformis tertipu dengan politik murahan. Agenda kita lebih besar dari melayan mereka yang tidak habis-habis bermain politik murahan yang jijik lagi menjijikkan.

Syabas REFORMIS

KOMENTAR 28/1/2000