EMAIL MENJAWAB KENYATAAN SDR WAN RUSLIM.Kami juga mengucapkan terima kasih pada  pengampu@yahoo.com (kalau tidak silap kami) atas email yang memberi dorongan pada pihak Komentar untuk meneruskan sokongan kami terhadap Sdr Anwar Ibrahim secara indivudu dan ADIL secara kolektif.

Date: Sun, 13 Dec 1998 02:36:14 +0800
From: Ismadi  <address dirahsiakan@tm.net.my>  
Reply-To: 
To: hh_98@hotmail.com
Subject: ADIL
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close
Saya telah meneliti artikel yang berkaitan dengan Pergerakan Keadilan
Sosial (ADIL). Saya juga telah membaca beberapa komentar tentang ADIL
oleh 'so called' penyokong PAS. Saya tidak mahu mengulas lebih panjang
tentang perkara tersebut. Apa yang saya lihat penilaian tersebut tidak
begiru tepat, mungkin pemberi komentar ADIL ini tidak membaca
keseluruhan artikel berkaitan dengan ADIL kerana saya mengamati
komentarnya seolah-olah menggambarkan bahawa ADIL itu adalah partai
politik. Oleh itu penulis membandingkan ADIL dengan partai politik yang
lain yang pernah wujud di negara kita.

Apa yang saya teliti tentang ADIL ini ialah kita mahu semua perkara
diletakkan pada tempatnya betul. Dalam Islam juga menjelaskan bahawa
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ertinya dalam hal ini
ADIL yang diterajui oleh Dr. Azizah adalah satu gerakan yang melampaui
batas politik, ekonomi dan sosial. Sesiapa sahaja boleh menyertai ADIL
ini.


Cuba kita renungkan bagaimana Almarhum Hasan Al Bana ketika beliau
mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Gerakan ini adalah
gerakan Islam yang mengajak umat Islam supaya kembali kepada ajaran
Islam yang sebenarnya. Imam Hasan Al Bana tidak kisah jika wujud banyak
pertubuhan dan organisasi yang sama-sama menegakkan kebenaran. Apa yang
penting ialah kebenaran Islam itu hendaklah dinyatakan dengan
sejelas-jelasnya. Jika ada perselisihan Hasan al Bana menyatakan "Kita
hendaklah bersama dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada dalam
perkara diselisihkan".

Oleh sebab itu   adalah tidak  patut seseorang itu yang mendakwa dirinya
sebagai seorang Islam dan sebagai 'penyokong PAS', membuat penilaian
yang negatif terhadap saudara seIslamnya yang berlainan organisasi atau
pertubuhan. Saya memberi contoh jika hendak ke Kuala Lumpur. Kita
mempunyai pelbagai alternatif. Kita boleh naik bas, kereta, keretapi,
komuter, LRT, teksi, motosikal, helikopter dan lain-lain. Jika kita
mengecam antara satu sama lain sudah tentu kita tidak dapat menggunakan
kenderaan yang ada untuk ke Kuala Lumpur dan akhirnya kita tidak boleh
sampai ke Kuala Lumpur!

Begitu juga dengan apa yang berlaku pada hari ini. Apa yang kita mahu
ialah kita mahukan keadilan, kebenaran dan Islam itu tertegak
sebagaimana yang sepatutnya. Bagaimana cara untuk  kita mencapainya ada
berbagai cara. Ada yang melalui partai politik, ada yang melalui gerakan
belia, ada yang melalui NGO dan lain-lain. Jika kita hanya sibuk
mengecam orang lain yang tidak bersama dalam organisasi kita untuk
mencapai matlamat yang dicita-citakan maka sudah barangpasti matlamat
itu tidak akan dapat dicapai kerana kita hanya sibuk berbantah dengan
orang lain yang tidak seorganisasi dengan kita. Akhirnya yang gembira
melihat keadaan ini ialah musuh kita dan kita menjadi orang yang merugi.

Oleh sebab itu kita berlapang dadalah dengan orang lain yang mempunyai
cita-cita yang sama tetapi lain organisasi. Kita gunakan pendekatan yang
digariskan oleh Almarhum Al Syahid Imam Hasan Al Bana ini. Perjalanan
kita sebenarnya masih jauh. Kita tidak mempunyai banyak masa untuk
berbantah dan bertikam lidah dalam perkara-perkara titik bengik ini. Apa
yang menjadi garis panduan untuk kita meneruskan perjuangan kita ialah:-

1. Niat mesti betul
2. Tidak bertentangan dengan syarak
3. Cara mesti betul
4. Matlamat mesti betul
5. Tidak menghalang perkara yang fardhu

Harus kita ingat kepelbagaian dalam memperjuangkan kebenaran ini adalah
disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya faktor persekitaran, latar
belakang pendidikan, status dalam masyarakat, pergaulan dan lain-lain
lagi. Sudah pasti dalam kepelbagaian ini wujud perselisihan.

Berbalik kepada Gerakan Keadilan Sosial ini, ia adalah satu dimensi baru
dalam era kebangkitan Islam di Malaysia. Islam adalah agama keadilan dan
keadilan ini meliputi semua makhluk dan adalah diharapkan supaya ADIL
ini akan benar-benar berfungsi mengikut apa yang telah digariskan dan
para ahlinya sentiasa melakukan muhasabah, 'check and balance' serta
melakukkan 'corrective partisipation'.  Apabila ini berjaya dilakukan
dan ianya sentiasa dikekalkan, insya Allah keadilan yang dicita-citakan
itu akan tercapai jua akhirnya.

Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close

© 1996-1998 Hotmail. All Rights Reserved. [