MALEK HUSSEIN SATU PENGHORMATAN DARI KAMI DIKOMENTAR

 

KOMENTAR 28hb April 1999 ingin mencatat dalam sejarah Media Internet satu penghormatan atas perjuangan beliau dalam usaha untuk menuntut keadilan buat negara kita ini. Selain dari Tian Chua beliau merupakan satu satu individu Melayu yang berani bangkit menentang ketidakadilan dan kezaliman. Pengorbanan beliau akan menjadi satu contoh keberanian anak melayu dalam usaha menuntut kemerdekaan Kedua di dalam negara kita ini. Beliau akan tercatat dalam lipatan sejarah sebagai mereka yang berjasa membebaskan rakyat dari dijajah oleh segolongan pemimpin yang memerintah dengan zalim dan tidak menghiraukan kehendak rakyat. Sdr Malek seharusnya diberi pengiktirafan kerana usahanya dan pengorbanan yang beliau lakukan meletakkan beliau sebagai WIRA RAKYAT yang menuntut RE-FOR-MA-SI. Walaupun kehadiran beliau diawal perjuangan dikeji dan di caci tetapi ini adalah masanya untuk kita mengakui bahawa beliau telah melaksanakan dan akan terus melaksanakan tuntutan perjuangan RE-FOR-MA-SI.

 

 

Walaupun pada awal perjuangan beliau telah dicaci dan di tolak namun ini tidak mematahkan semangat perjuangannya. TIBA LAH SAAT UNTUK KITA MEMBERI PENGHORMATAN KEPADABELIAU. KOMENTAR MEMBERI SATU PENGHORMATAN