Dr Mahathir dah mula buat ROAD SHOW

 

Salam Reformasi,

 

Mereka telah meletakkan Abdullah Badawi sebagai umpan mereka. Satu pilihan yang bijak bagi memikat kalangan UMNO untuk kembali kepangkuan parti dan membela keruntuhan empayar UMNO di Pulau Pinang. Meletakkan kembali Daim bukan sahaja berhasrat untuk memperbaiki lagi ekonomi negara tetapi dapat berkompromi untuk menjaga kestabilan kroni kroni mereka yang semakin nazak dalam percaturan ekonomi mereka. Ibrahim Ali yang kuat menghentam Anwar Ibrahim dilantik menjadi jurucakap penipuan mereka untuk memikat hati rakyat Kelantan. Jentera mereka telah mula beroperasi. Tanda tanda kecil pilihanraya telah mula nampak. Selepas Hari Raya nanti Dr Mahathir akan mula turun gelanggang untuk memulakan perjuangan UMNO dengan memperbanyakkan penipuan dengan menutup kebenaran. UMNO TELAH MULA MENGORAT LANGKAH. UMNO telah mula berusaha untuk mempertahankan maruah keunggulan mereka yang semakin tercemar dengan perbuatan Dr Mahathir dan kuncunya.

 

Kemana kita?

 

Kemana GERAK dan kemana ADIL ? PAS tidak payah lah dihiraukan sangat kerana jentera PAS memang senantiasa bergerak. Yang kita perlu persoalkan adalah ADIL dan angkatan yang 100% membela Anwar Ibrahim. Apakah usaha mereka dan langkah mereka seterusnya. Sudahkan kita penyokong Sdr Anwar Ibrahim bersedia untuk menjalankan aktiviti membela dan menentukan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ketempat beliau yang sah? Apakah langkah langkah seterusnya selepas pendaftaran ADIL. Cukupkan pembentukkan Proteam tersebut tanpa rangka rangka perjuangan menyeluruh. Malaysia bukan hanya hadir dalam internet. Malaysia hadir dalam semua bentuk media yang adanya menjalankan penipuan terbuka untuk membela Dr Mahathir. Kita perlu menetapkan perjuangan yang lebih aggresif dan perjuangan bentuk ini lah yang boleh menentukan kejayaan. Sdr Anwar Ibrahim sendiri bangun dengan aggresif menentang ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir. ADIL sekarang harus mula memanaskan jentera mereka. Bangun dengan lebih berani dan lebih gagah. Biarpun pendaftaran ADIL belum disahkan lagi tetapi strategi asas sudah perlu dibentuk. PROTEAM yang menubuh ADIL sudah seharusnya bersedia membentuk cawangan cawangan kecil untuk bersiap sedia dengan menempuh perjuang yang lebih kritikal lagi. Persediaan awal perlu dimulakan. Mengenalpasti mereka yang bertenaga dan berwibawa untuk menjadi exco dan ahli ahli utama ADIL sudah seharusnya siap. Mengumpul semua antara mereka yang sanggup menjalankan kerja kerja sekretariat sudah seharusnya dibuat. Menentukan bahawa setelah terdaftar dengan sahnya ADIL jentera telah siap dibina dan cuma perlu diresmikan oleh Presiden ADIL. Dari situ semua media perhubungan antara sekretariat ADIL perlu diseragamkan. Media internet perlu juga diselaraskan kerana kita tidak mahu masing masing dengan kecenderungan masing masing sehingga kekeliruan berlaku.

 

ADIL perlu mula mengerakkan Proteam mereka dengan lebih berkesan dalam mengumpul bukan sahaja lebih ramai ahli tetapi supaya perjuangan membela keadilan dan Anwar Ibrahim berterusan tanpa putus dan semangat tidak kendur.

 

Kami percaya kepada Dr Wan Azizah dan kami menyokong beliau 100%. Biar 1,000 parti politik lain ditubuhkan namun tanpa nama Dr Wan Azizah dan Sdr Anuar Ibrahim maka tidak lah kami berminat menyertainya. Kami kemungkinan ghairah dalam memulakan perjuangan ADIL kerana kami telah bosan dengan Dr Mahathir dan kroni nya.

 

ADIL mulakan......kami sedia berkhidmat.....

 

 

KOMENTAR