KOMENTAR

19hb Feb 1999

 

SAYANGKAN MALAYSIA SINGKIRKAN MAHATHIR

 

Sabah telah digerakan. Sabah telah menerima tanda tanda besar pilihanraya. Dr Mahathir telah memulakan kempen mempengaruhi pilihanraya bagi menunjukkan bahawa Barisan Nasional masih diterima. Mahathir telah memulakan isu isu khusus dengan menunjukkan bahawa segala kemewahan telah diberi kerajaan BN kepada mereka. Mahathir dalam ucapannya masih lagi menyelar pelajar pelajar Malaysia luar negeri kerana tidak tahu mengucapkan terima kasih. Mahathir menyelar pensyarah pensyarah yang memberi dakyah anti kerajaan kepada pelajar. Semua turut disalahkan oleh Dr Mahathir. Tidak habis habis semua disalahkan oleh pemimpin yang kami yakin tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang ini. Dari pelajar ke pensyarah dari pekerja kepada majikan, dari parti pembangkang ke NGO dan dari rakyat ke ulamak semua salah. Habis siapa yang betul. Yang betul mungkin kroni kroninya yang mendefinasikan keadilan mengikut perspektif Dr Mahathir.

Mahathir medabik dada tentang jalanraya yang dibina, lampu jalan yang diberi dan pembangunan yang dicapai. Mahathir secara sombong mengatakan bahawa ini hasil dari pemberian kerajaan. Kerajaan yang kononnya demokratik dan mengamalkan sistem telus dan adil. Mahathir dalam keadaan terdesak mula menceritakan habuan habuan yang telah diterima oleh rakyat Sabah. Kebaikan dan kejujuran kerajaan diceritakan secara langsung oleh media media yang rata rata dibawah arahannya.

Apa dengan kemewahan itu maka Mahathir berhak melaksanakan kezaliman? Apa dengan peruntukkan kerajaan tersebut rakyat tidak berhak bersuara. Apa dengan pembinaan lampu jalan maka kita hamba pada kuasa yang ada padanya. Apakah Dr Mahathir sendiri yang menjadi penyumbang kepada pembangunan yang mana rakyat tidak memainkan peranan kepada perkembangan negeri tersebut.

Dr Mahathir telah melakukan kesalahan yang tidak layak dimaafkan.Dr Mahathir telah bertindak zalim dan telah menganayai Sdr Anwar Ibrahim. Perbuatan beliau yang mencabul kedaulatan undang undang dan menyepak keadilan yang dituntut boleh juga dilaksanakan kepada rakyat Sabah. Kezaliman yang dilakukan keatas Sdr Anwar Ibrahim bukan sahaja menunjukkan bahawa beliau zalim malah beliau sanggup berbuat apa untuk memegang kuasa.

Awas teknik Dr Mahathir, beliau telah memulakan langkah dan kita dibatasi dengan ugutan ugutan penangkapan. Ketakutan rakyat merupakan kuasa kepada nya dan ketakutan ini harus di kikis. Kita berpadu bersama untuk merobah sistem keadilan ala Mahathir, kita tidak dapat lagi menerima Mahathir sebagai pemimpin.

 

Sabah,

Ikhtiar supaya Mahathir ditolak.

 

MUSNAH UMNO KERANA MAHATHIR

RUNTUH BARISAN NASIONAL KERANA MAHATHIR

HILANG KEADILAN KERANA MAHATHIR

 

SAYANGKAN MALAYSIA SINGKIRKAN MAHATHIR