Komentar 23/3/2000
Malu melihat telatah Timbalan Perdana
Menteri kita yang menyahut bila mana Menteri Besar Pahang mencarut. Inilah dia
Abdullah Badawi yang hanya tahu menunduk tanpa berani menyatakan kebenaran.
Menteri Besar Pahang telah melakukan kesalahan. Beliau telah biadap pada rakyat
jelata. Aksi lucah yang dipamerkan oleh beliau TIDAK MELAYAKKAN beliau
untuk menjadi seorang pemimpin. Budaya apakah yang mahu dipamerkan oleh Adnan
Yaakob ini ? Budaya apakah yang disokong oleh Abdullah Ahmad Badawi ini ? Akhbar
THE STAR 23/3/2000 memberikan ulusan bahawa Abdullah Ahmad Badawi kesian
melihat Adnan Yaakob yang ditekan oleh sorakkan pendokong Barisan Alternatif
yang begitu ramai. Beliau dilapurkan berkata tindakan Adnan
Yaakob adalah hasil tindak balas dari perbuatan pendokong alternatif. Komentar
turut kesian dengan Abdullah Badawi kerana menyokong tindakan biadap dan tidak
menunjukkan budaya melayu langsung. Mendokong perbuatan itu seolah-olah
meletakkan Abdullah Badawi antara mereka yang dikategorikan sebagai buta kepada
kepincangan dalam parti sendiri. Media Internet telah menunjukkan aksi Adnan
Yaakob dan tidak pula nampak beliau seperti tertekan. Nampak seperti sikap
samseng jalanan amat jelas. Komentar juga hairan kerana reformis jalanan yang
dikejar dan dipukul tidak nampak pula menunjukkan aksi-aksi lucah seperti yang
dilakukan oleh Adnan. Komentar ingin menasihatkan Abdullah Badawi supaya buka
mata dan pintu minda seluas mungkin. Perbuatan yang salah patut disalahkan.
Janganlah sampai budaya menunjukkan isyarat lucah menjadi budaya kita. Jangan
menindakkan kesalahan dan perlakuan biadap Adnan tersebut. Malu Komentar
melihat Abdullah Badawi menyokong perbuatan hina itu. Pesan Komentar kalau
itulah budaya Menteri Besar Pahang maka rakyat Pahang harus bertindak menolak
beliau.